follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Tuesday, December 31

ANDAI LELAKI TAHU..



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, December 24

ROTI JENAMA MALAYSIA PILIHAN ANDA??

ASSALAMUALAIKUM..

hye.. apa khabar rakan blogger?? harap-harap semuanya sihat belaka lah ye.hari ini hari sabtu bersamaan 24.12.2013. aku dekat melaka lagi. sekarang waktu pagi kat sini hujan turun lebat lagi. tadi aku liat sikit nak bangun. hehe..maklumlah.bila hujan rasa best pulak tidor..
nak tanya korang.. korang suka makan roti jenama apa yer??

GARDENIA
HIGH 5

MASSIMO
MIGHTY WHITE


antara ke empat-empat roti ini aku dan family aku pernah makan.dan pernah jadi roti kesukaan kami sekeluarga. first, dulu roti yang paling aku suka makan high 5, massimo kedua, ketiga roti gardenia. dan sekarang yang paling aku suka makan ialah roti sandwic jenama roti mighty white..

kenapa aku pilih roti mighty white?? sebab..roti mighty white ni lembut je bila makan. dan tak hangit macam sesetengah roti yang lain. tapi..sayangnya....tadi.masa aku nak brekfast. aku minum milo dengan roti sandwic jenama mighty white. aku kecewa sangat sebab rasa roti tu dah tak lembut macam dulu. dulu roti ni harganya sangat murah berbanding roti yang lain tahun berapa entah. roti ini memang kasar dan hangit. pada waktu itu aku pilih roti jenama massimo sebab dia lembut sangat berbanding roti lain(pada masa itu jelah).. lepas daripada itu, aku tengok harga roti mighty white ini agak murah dan lembut berbanding roti lain.so aku pilihlah roti jenama mighty white.
sekarang ini..mungkin kerana roti mighty white ini dah jadi kesukaan ramai so harga roti itu pun dah berubah.naik sikit. dan rasa lembut itu dah makin berkurangan dan kembali asal macam dulu...

** INI SEMUA PANDANGAN AKU TERHADAP ROTI KEGEMARAN AKU SAHAJA. TIDAK ADA KAITAN DENGAN PEMINAT ROTI YANG LAIN. HARAP TAK DA SIAPA YANG TOUCHING OK..=)
KEPADA PEMINAT ROTI. PILIHLAH ROTI BERDASARKAN KUALITI ROTI OK..!!

Friday, December 20

BF AKU SI CILIK???


Hye.nama caye MUHAMMAD AIMAN HAKIM :)


Cayang aiman

peluk sampai dye lemas..haha

meh cium sikit

aiman aktif tak boleh duk diam.asyik lompat jer

tengok apa tu aiman?

kena gigit jari

senyuman comey

aiman massamm...majuk


MUSIM BUAH MENYERONOKKAN

 Assalamualaikum..
salam jumaat semua rakan bloggger..
pada hujung minggu yang lepas 13.12.2013 aku balik ke kg halamanku di kg lata rek dekat kelantan..
kebetulan balik tu musim buah. aku dapat tengok musim buah-buahan dan petik makan buah sendiri segar dari pokok mak abah tanam sendiri. best sangat. hujan rahmat Allah. betulla ayat tu..ehehe.. hujan turun membasahi bumi menyuburkan lagi segala tanaman. gambar kat atas pun korang boleh tengok kan,, time tu hujan tengah turun haha...& dekat belakang tu ada pokok rambutan. belakang rumah aku pulak ada la beberapa pokok rambutan, durian, maggis,duku, langsat, dokong, ciku, dan durian yang mak abah aku usaha tanamkan sendiri. best tau dapat makan hasil tanaman di kebun sendiri berbanding beli kat pasar2..

kepulangan aku ke kampung kali ini tak di rancang sebenarnya. kebetulan.. nenek akak ipar aku meninggal dunia. pada pagi jumaat tu jugak. seawal jam 7 pagi. Alhamdulillah syukur pada Allah kerna Allah telah ambil dia bagi meringankan beban sakit arwah selama nih. arwah pergi senyap begitu saja semasa dalam keadaan koma di hospital kubang kerian. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. amin..
sedih tu memangla sedih.aku dapat tengok melalui reaksi muka akak ipar aku.tapi dia pandai sorokkan kesedihan yang dialaminya. akak tabah sangat. aku dengan arwah memang tak rapat sebab aku pernah berjumpa sekali je dengan arwah semasa beliau masih hidup lagi di majlis akikah anak angah. tak aku sangka itu jugak merupakan kali pertama dan kali terakhir aku berjumpa arwah.

ohh..hari ni pun dah jumaat kan..so maknanya dah seminggu lah arwah meninggal dunia. apa-apa pun semoga arwah tenang di sana.
ok stop cite sal tu. tak mau sedih-sedih lagi.. yang pergi tetap pergi.. panggil balik pun takkan kembali jugak. dan takkan adayang dapat menggantikan tempat arwah.




balik sana 3 hari je tapi best. masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk bersama ma dan keluarga.hah..yang dekat atas nih lupa nak citer..nih abang aku dia panjat pokok duku. dulu terror bab panjat pokok nih tapi sekarang dah kurang sikit..hehe..almaklum lah..dye dah lama tak panjat pokok. sebab dah jadi budak bandar katakan..hehe...
okey..itu sajalah dapat aku kongsikan untuk kali ini.. tangan dah penat menulis untuk dua blog..
--> 1. noriezyuka.blogspot.com  ( blog dulu, sekarang dan selamanya..hehe)
 --> 2. mylifenorly.blogspot.com  ( blog masakan aku)

okeylah..babye.. wassalam..



Thursday, December 12

moment indah dgn student

ASSALAMUALAIKUM..

dah hampir 3 bulan lebih aku habiskan praktikal.rasa rindu pulak dekat warga smkak.
especially student yang join sesi kaunseling dengan aku dan juga guru-guru di bilik unit bimbingan kaunseling. dah lama habis praktikal kan..so aku pun dah tak dapat lagi berhubung lagi dengan dorang.. 
InsyaAllah nanti sekolah da bukak tahun depan aku akan datang ke sekolah tu dan jumpa diorang. aku ingat lagi saat bersama diorang.. bile jumpa diorang je aku yang stress da x stress.mereka hiburkan aku dengan keletah mereka yang ramai dan bermacam perangai.sangat mencuit hati aku..

student paling sporting.

kat atas ni adalah gambar student aku yang sporting kot.dye salu je free ada masa nak datang ke bilik kaunseling untuk buat sesi dengan aku..haha..yang kelakarnya kekadang mereka sanggup datang time guru relief & pernah juga..mereka sering kali bergaduh dengan sekumpulan kawan mereka yang juga join sesi denga aku..berebut nak join sesi dahulu...haha...


3 sekawan berbeza bangsa

ini kembar aku..bhahha..kembar nama je kot..
nama dye Nur Azri Liana.sama kan dengan nama aku. aku pun ada liana jugak..
hehe..dye student dari form 4.





 ini pulak student dari form 4 jugak yang aku jumpa nama dye hampir sama dengan aku jugak
.nama dye marliana.M.A.R.L.I.A.N.A.
dye dari form 4 jugak.pelajar genius kot.sbb dari kelas 4..............


Adnin pelajar tecik tueet muet..
ni pulak nama dye Adnin. pelajar kecil molek. dan comel sangat..orangnya baik berbudi bahasa, aku suka tengok muka dye yang comel tu..hehe..dye pandai taekwando  tauu..jaga2...=)


ni pulak nama dye Nur Aqilah..plajar form 4 jugak..orangnya petah pabila bercakap..dye paling rapat dengan geng kami bilik kaunseling.tiap kali time free dye selalu je dtg  lepak2 kt bilik kaunseling.sembang2 dgn kami..

aku rindu giler. kott. kat diorang.hope2 dapat jumpa lagi len kali dgn diorang..ok..tu je lah dapat aku share untuk kali ini..ada masa lagi aku share moment indah kat korang.okey.jangan lupa doakan terbaik untuk aku...

Wednesday, December 11

JENJALAN DI MELAKA

1 kumbang dgn 3 bunga

serupa x muka kami?? =)

suasana dari atas kapal muziem


siess..muka dye cam real..tkut den..


uniform putera idaman..hehe


dalam muzium

baby mata biru cute..:)



11.12.13.

ASSALAMUALAIKUM..

cantik kan tarikh tu.hanya sekali seumur hidup kita akan berjumpa tarikh yang macam tu..
sehari sebelum tarikh tu aku mengalami dua mimpi yang gembira dan juga yang sedih.

better aku share yang sedih dulu la.. dalam sekelip mata tanpa aku sangka hubungan aku dengan Mr.F dah putus.aku sayang dia tapi nak buat camne.maybe antara kami dah tak de jodoh kot.aku betul-betul sayangkan dia.aku sangkakan dye lah cinta terakhir aku.tapi rupanya jodoh kami tak panjang.. hubungan kami sekerat jalan.segala impian aku untuk bina hidup dengan dye musnah sekelip mata. kerana mulut aku yang sedikit peoott...membuatkan hubungan kami retak. tu lah.nasib badan.kerana mulut aku sendiri.
tapi takper lah. aku berpegang pada janji Ilahi seandainya Allah takdirkan jodoh aku dengan dye aku akan terima tapi. seandainya aku sememangnya bukan jodoh dye.aku terima jugak. bak kata dye. jodoh 100% percayakan pada takdir je.

cerita yang gembira pulak. Abah tetiba call aku.tak sangka Abah nak call aku. dah lama aku berharap yang hubungan aku dengan Abah  akan makin baik. Alhamdulillah.syukur sangat pada Allah.saat Abah aku call tu.kami sama-sama share feeling kami.aku sangat rindukan Abah. dan tak sangka jugak Abah sangat rindukan aku jugak..salah aku sendiri.sebab aku tak berani nak call Abah. sebab setiap kali aku call dulu-dulu Abah selalu je mengelak tak nak bersembang lama dengan aku.
sekarang baru aku faham. rupanya kalau aku senyap Abah pun akan senyap jugak. anak dengan bapak sama je. masing2 ego kot..haha...hmmm... apa-apa pun Abah. Achik sayang abah dunia akhirat.





Tuesday, December 10

BESDAY MY BFF

Pada bulan 10 yang lepas aku & kawanku Allyza telah merancang 
satu propaganda ke atas bff kami iaitu mangsanya waniey.
orangnya adalah gambar di bawah ini.hahhahaa...
 pada tanggal kelahirannya detik pukul 8  lebiy rasanya kalau tak salah aku la.. kami merancang ntok buat suprise dekat kawan kami yang satu nih.sume ini idea Allyza. aku dah hampir lupa tapi dye yang ingatkan aku. thanks alots to cik Allyza ye..pada malam itu aku dengan Allyza keluar pergi beli kek ini. walaupun dalam keadaan cuaca yang macam tak mengizinkan je kami untuk pergi tapi demi besday bff kami ini kami pergi jugak..haha.. semasa otw sana ok jer.tapi masa nak balik tu hujan renyai-renyai je.nasib baik.. tak hujan lebat..kalau tak habis kami basah sekali dengan kek n plan kami hancor..uishhh..so sesampai je dekat umah sewa. aku parking moto aku kat bawah umah tu slow..tak mau kasi bunyi motor takut wani dengar..hehehe...pastu bermulalah satu sketsa yang kami plan..aku menyuruh allyza naik ke atas rumah untuk panggil wani turun. aku tak mau naik nanti kang takut terkantoi plak..huhuu..so pastu.. aku ajak wani & allyza duduk kat situ kejap. aku mulakan lakonan aku.buat muka sedih dan hampir nak nangis..kot..done lakonan aku & allyza..
tetiba..jenggg jenggg..
cian udak ni :)
Allyza tuangkan tepung gandum ke atas wani.bhahahha..kesian dye...dye bermandikan tepung gandum malam besday dye. nasib dahla dye pakai baju hitam or dark blue asenya. so tepung gandum tu nampak jelas.rambut yang hitam dah jadi putih macam uban..wakaka...pas tuang habis kami pun ucapkan hepi besday kat dye. tetiba dye nangis..huhuu..hampir nak marah kt kami especially kt aku ag teruk kot sebab lakonan aku yang tak berapa menjadi tu..dahla aku kaitkan dengan nama teetttt.....plak..isy2..best & kelakar la jugak time tu.. kami bertiga hampir nak nangis sama2..kami pun naik ke atas rumah. than celebrate kan besday wani. ini lah gambar kek yang kami beli. biasa2 je. kami beli kek pinky sebab allyza ada cakap yang muka wani siang tu nampak macam sedih je so kami nak dye hepy..kami belikan lah kek yang muka sengih macam ini..hahahha...comell tak???
kek pinky comel



hidangan besday & makan malam :-)

 saat tu rasa sungguh meriah kot..rumah tu bingit dengan bunyi bising kami jerk..haha..kecoh kot malam tu..meriah giler..kitorang sume tumpang hepi..hepi jugak tengok budak muka masam dah boleh sengih manjang..

 ada lagi banyak tapi tak bolehla update semua. so ni jelah dapat aku share dengan korang semua.

kata2 untuk waniey:
selamat hari lahir yang ke 23 tahun ye kawanku. 
semoga ko jadi anak yang solehah.
sentiasa murah dengan senyuman.
sentiasa di murahkan pintu rezeki.
menjadi insan yang kuat tidak mudah gentar dek emosi.
semoga suatu hari putera kau dan kau sentiasa bahagia dan cepat di satukan .
.hehehe..aku sebagai kawan kau sentiasa mendoakan kau dari jauh..
 maaflah pada besday kau hanya itu saja mampu aku kasi kat kau..
kalau nak yang lagi hadiah besar2 tunggu aku kerja dulu yer..hehe..aku sayang sahabat2 aku..
semoga ikatan persahabatan antara kita juga tidak akan pernah putus.walaupun masing-masing berbeza negeri.

CIRI-CIRI LELAKI SOLEH MENURUT AL QURAN DAN HADIS


  • Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya
  • Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
  • Mati syahid adalah cita2 tertinggi.

  • Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.

  • Ikhlas dalam beramal.

  • Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

  • Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.

  • Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.

  • Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

  • Solat malam menjadi kebiasaannya.

  • Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.

  • Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.

  • Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.

  • Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  • Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.

  • Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.

  • Memberikan kasih sayang kepada keluarga.

" Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah(para kekasih Allah itu), 
tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, 
dan mereka pula tidak akan berdukacita. " (yunus:62)


LELAKI TERTUA DI DUNIA BERUSIA 160 TAHUN

ASSALAMUALAIKUM.

apa khabar semua rakan blogger?? harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya disamping orang tersayang.
kali ini aku nak share pada korang semua tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai TOK AYAH atau nama sebenar beliau ialah Mohamed Soleh Ali.
 
agak-agak korang pernah tak dengar kisah TOK AYAH ini. beliau merupakan lelaki tertua di dunia dengan umur beliau 160 tahun.Penglihatan beliau masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya juga  masih yang asal. Walaupun umur TOK AYAH sudah mengjangkau 160 tahun tapi siapa sangka dengan umurnya itu beliau masih mampu lagi berjalan kaki jauh berbatu-batu.
 nak percaya ke tak. wallahualam.terpulang kepada rakan blogger.
cerita TOK AYAH melalui pengalaman beliau semasa zaman penjajahan JEPUN  di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan. Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.berbeza dengan sesetengah generasi sekarang kalau di tanya soal sejarah lampau pasti ada yang tidak dapat menjawab.

Wajahnya TOK AYAH  tidak berkedut seperti warga emas lain. Tok Ayah memberitahu ketika zaman penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak. Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.
jom kita ikuti kisah TOK AYAH di bawah yg aku ambik dari sumber SINI .

Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.
Stapa Ismail, 61 ahli keluarga Tok Ayah berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.
“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya dipetik HarakahDaily.
Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.
Beritahu Stapa lagi, paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.
“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.
“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.



YA ALLAH ENGKAU BERKATILAH TOK AYAH.PERMUDAHKANLAH SETIAP URUSAN BELIAU.AMIN..AMIN..AMIN.. YA ROBBALALAMIN..