follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Sunday, June 30

SEMINAR INSAN UNTUK PMR 2013

ASSALAMUALAIKUM...

Kelmarin hari sabtu bersamaan 29 june 2013..sekolah SMK Ayer Keroh telah mengadakan seminar Insan untuk pelajar PMR pada tahun 2013 ini..aku bersama kawan aku cikgu farhana dan cikgu yusainie ditugaskan menyelia program tersebut.. pogram tersebut bermula pada pukul 8.30pagi sehinggalah 12.00tghari..


fail seminar
senyuman lebarrr...

berikut adalah beberapa foto sepanjang program yang sempat aku ambil..bermacam2 ragam pelajar yang dapat kita lihat pada foto nih..aku tak mau banyak berbicara..cukuplah gambar membicarakan segalanya pengisian program seminar ini okeyyy....^_^
pendaftaran

student mintak amik gambar dye.."cikgu2 amik gambar kami"..



concentratenya diorng..heheee



ada yg tido ag..isy2

kusyuk mendengar ceramah

ciri2 pelajar cemerlang

cikgu farhana

its me again :D

cikgu norli..comey x? >.<

pelajar pling spoting

pelajar genius yg dpt jwb byk soalan ^.^

ehhh..main apa tu?

dapat jawab byk soalan so dpt byk hadiah :)

pelajar yg xsabar nak balik cepat

hepinya dia..


bermacam2 ragam pelajar dapat kita lihat kann..hahaha...cikgu doakan semoga dengan adanya seminar ini kamu semua dapat belajar teknik menjawab soalan dengan bijak..dan semoga kalian cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti..dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain..Insya Allah..Amin..

Saturday, June 22

PROGRAM MOTIVASI A 100 SPM 2013 SMKAK











Assalamualaikum cinta...








awakk..
beberapa hari ini saya perasan jugak yang hubungan kita sangat dingin..makin lama makin dingin. saya dah cuba untuk perbaiki hubungan kita tapi kita still gaduh..tiap kali gaduh kita tak pernah cuba nak tolenrasi..cuba berdamai secara elok..asyik gaduh saja..saya dah cuba cakap lembut dengan awak..tapi tiap kali saya berlembut dengan awak akan ada je perkara yang akan awak buat untuk naikkan darah amarah saya.. saya tak tau kenapa..
apakah mungkin ini merupakan petanda yang kita tak serasi..takkan berkekalan lama.. ahh..mungkin itu hanya andaian saya saja barangkali..ramai orang kata yang hubungan kita takkan kekal lama..sebabnya kita takda sefahaman..langsung tak memahami pasangan kita..saya cuba faham awak..tapi entah la..saya langsung tak dapat memahami sikap awak..makin lama saya kenal awak saya merasakan saya makin tak kenal awak..sikap awak...

awak tau tak saya sngat cintakan awak..sebab itulah saya cuba bersabar dengan sikap awak..sikap cemburu awak yang melampui..sikap awak yang mungkin agak mengonkong.. awak tak kasi saya keluar dengan kawan lelaki walaupun hanya sebagai kawan..ye..saya dah ikut peraturan awak..dah tak ada keluar dengan kawan lelak..semalam saya just bertanya awak..ex saya..Shah ajak keluar temankan dia minum je..tak lama je sekejap je..dia nak jumpa saya untuk kali  terakhir sebab nanti dia akan pindah kerja ke tempat lain..saya nak keluar dengan dia atas dasar kawan je..lagi pun dia pun dah ada awek lain..kami pun dah tak da hati kat masing2 dah..just nak berkawan je..tapi...saya tak keluar dengan dia dah sebab awak tak bagi.awak tak boleh tengok saya berkawan rapat dengan lelaki lain..sikap cemburu awak,,,sikap mengongkong awak tu menghalang saya..membuatkan saya kekadang rasa terkongkong..kita belum sah suami isteri lagi tapi awak dah nak kuasai saya macam tu..

salah ke..saya nak idop bebas??
berkawan dengan semua jantina??
bebas ke hulu ke hilir lepak dengan kawan2 saya??
kami bukan keluar sampai lewat malam pun..kami keluar waktu siang..



kekadang kalau diikutkan perasaan hati saya,,,kalau di ikutkan kata2 teman saya..dah lama saya tinggalkan awak..sekarang mungkin saya masih boleh bersabar tapi di masa hadapan siapa yang tau kan..saya takut saya tak mampu bersabar dengan awak..dan saya pergi dari awak tanpa sebarang kata..hilang begitu sahaja..pernah saya terpikir untuk lakukan demikian..saya takut sikap awak itu nanti akan memadamkan perasaan cinta dan sayang saya pada awak yang ada dalam hati saya nih..

awakk..sekiranya awak inginkan hubungan kita berkembang..bahagia awak juga jagailah hubungan kita..saya dah tak laraat lagi nak menjaga hubungan kita ini..seberat mana pun dugaan yang mendatang melanda hubungan kita saya berharap sangat agar kita sama2 dapat harungi bersama..saya ingin bahagia dengan awak..ingin hidup dengan awak selamanya andainya hubungan kita direstui parent kita dan seandainya ada jodoh bersama..



Ya Allah hambamu ini ingin bahagia..
Seandainya dia jodoh ku Engkau satukanlah hati kami..
utuhkanlah hubungan kami biar berkekalan selamanya hingga Jannah..
kanku jaga..kan ku bajai cinta kami Ya Allah setakat diri ku mampu bertahan..
diri ku amat menyintai dia Ya Allah..
Amin..ya Robbalalamin....

Friday, June 14

SMK AYER KEROH..CERRR 1..




Assalamualaikum w.b.t

minggu ni (10/6/2013-14/6/2013) minggu aku start praktikal dekat sekolah SMK Ayer Keroh..
bermacam-macam pengalaman dapat aku timba sepanjang dekat sekolah itu..
pada hari pertama aku masuk jejakkan kaki ke sekolah tu..kat minda aku macam2 perasaaan timbul..rasa takut warga SMK Ayer Keroh boleh ke terima aku??  rasa gembira..coz aku merasakan mungkin aku akan gembira sangat sebab dapat menabur bakti aku sebagai guru di sekolah ni..pengalaman pertama kali aku jadi cikgu..then rasa teruja sangat2..teruja dengan warga SMK Ayer Keroh yang bermacam-macam perangai aku jumpa..pada hari pertama aku tiba di smk ayer keroh ini aku segera ke pejabat sekolah untuk melaporkan diri kepada pihak pentadbir sekolah..kemudian turut serta ke perhimpunan rasmi.semasa di perhimpunan rasmi tersebut aku dan kak hana yang merupakan guru praktikal telah dipanggil oleh guru yang bertugas untuk perkenalkan diri kepada semua warga smk ayer keroh..selesai saja perhimpunan aku dapat relief di bilik gerakan atau pun orang panggil bilik mesyuarat..di sana aku bertugas memantau pelajar2 yang berada dalam bilik gerakan tersebut yang sedang mengambil peperiksaaan masing2..
kemudian sepanjang minggu ini juga aku diberi tugas oleh GPK1 untuk membuat kertas kerja mengenai Program Guru Muda. seterusnya pada hari khamis bermesyuarat bersama kesemua guru SMK Ayer Keroh
di bilik mesyuarat..pada pagi jumaat ada Sambutan Israq Mikraj manakala selepas sambutan Israq Mikraq aku di tugaskan menjaga pendaftaran pelajar untuk program "Dengan  Inovasi Yo" yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama DIY.
Alhamdulillah makin lama aku makin dapat sesuaikan diri dengan keadaan dan suasana sepanjang aku berada di smk ayer keroh..tiap2 hari jumpa pelajar lalu lalang di beranda dan diorang macam hormat aku sebgagai guru kat situ dan ada yang bagi salam dan senyum..setiap kali mereke panggil aku cikgu aku merasakan sangat teruja dan gembira dengan panggilan tersebut..mungkin aku dah jatuh hati kot dengan bidang perguruan nih kot..hehe..Insya Allah..mohon kawan2 semua doakan aku tetapkan pendirian aku untuk terus minat dalam bidang perguruan ini..Amin....
hmmm...aku rasa dah cukup kot aku ceritakan untuk kali ini tentang pengalaman pertama aku di sekolah SMK AYER KEROH.InsyaAllah tiap2 minggu aku akan ceritakan lagi pada masa di lain hari di lain kali..babye....



Sunday, June 2

BUAT COKLAT HOMEMADE SENDIRI =)

Assalamualaikum..

selama seminggu aku balik bercuti dekat kampung Lata Rek desa aku cintai..
desa yang mana tempat lahir tumpah darah aku , tempat aku dibesarkan bersama keluarga tercinta..
selama seminggu bercuti aku banyak habiskan masa berada di rumah bermesra bersama adik-beradik family aku dan juga kalau kebosanan sangat aku pergi ke kedai Chawe Creative kedai cenderamata milik abg dan akak ipar aku...

opsss...actually aku nak cite pasal coklat homemade yang aku buat bersama adik aku haniey dekat rumah aku..
aku baru je belajar dengan haniey..dannn..upe2nya cara nak buat coklat homemade nih bukannya susah sangat pun.janji ada kerajinan minat yang mendalam.. so kat bawah nih korang boleh tengok sendiri coklat homade yang kitorang buat..tak banyak pun..cukup untuk family aku merasa..dan cukup jugak untuk aku belajar buatnya...





dah tengok belum...??
hehe..itu je...dahhh..babye...