follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Monday, April 30

Hud Ar-Rayyan Si KeCil CeLik

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ari jumaat lepas( 27.4.12)  yuka pegi umah abgwan kt kuantan phg..kat sana ada majlis mkn2 n solat hajat sempena pembukaan kedai VinOne yang baru di buka kat sana...yuka g sana slama 3 ari 2 mlm..haha..mcm camping lak..cheihhh...O-O

mula2nya ase xnk pegi gk coz byk zsiment nk kena siapkn..tpi coz pk kt sana boley dikatakan sume family yuka ada kumpul kt sana(kcuali fiza, hani n abgje je yg xde)
so yuka decide ntok pegi gk..hehe..bezzz bkn salu dpt kumpul ramai2 cenggini..

now u-turn ke cite hud Ar-rayyan lak..kt bwh ni gamba2 hud anak sedara yuka..
2 perbezaan yg ketara..

                                                                      Hud masa baby ^o^
ni gambar hud masa hud kecil ag,,pertama kali yuka jumpa dye..time dye baby ag..


nih face dye skunk 4 the second time yuka jumpa dye..da besar panjang skunk dye..umu dye skunk da stahun kott..skjp tul masa berlalu..skunk hud da besar smpaikn yuka da xcam..yelahh..gpun yuka juz jumpa dye masa kecik2 dulu jak..time baby,, haha..muka dye sbijik cam bapak dye..
ari jumaat 2,,boley dikatakan sehari suntuk gk yuka bermen dgn dye,,coz 2 la skunk yuka da ase rindu sgt kt dye..dye baik sgtt..senang nk jaga,,xnangis cam baby len..msa dye nk tido,,yuka yg kena tidurkn coz dye juz boley nk dgn yuka je..dye xnk dgn orng len,,
then bila yuka nkg wat keje kt dapur dye nangis2 nk ikot yuka gk..
dye xmo dok dgn orng len..
mlm 2 lak..ayah dye da nkg ntr dye kt umah ibu dye..coz diorang da divorced..so hud nih ibu dye yg jaga..ayah dye juz amik kjp2 je..
masa ayah dye nk amik dye yuka ase sebak sgtt..sediy sgtt..ase cam xnk brpisah je dgn dye..tiba2 je air mata yuka kuar,.xmo bgi ayag dye ntr tapi trpksa ntr gk t xpasal2 ibu dye marah lak kang..n yuka kena faham gk..maybe hud pun rindu kt ibu dye gk kot..

hmm...tringt kt hud,,ase cam nk amik dye jadi anak btul yuka plak,,chaiehhh..over lak yuka nih..impossible..
hahaha..agak2 la kang..bile la plak dpt jumpa hud ag..hmmm..maybe t dye da besar n da skul da kot..n dye pun maybe xingt kt yuka ag..huhuhuhu...
H**** nak anak gkk..nk cam hud boleyy....???
haha..mlampau btul yuka minx cam gi2...


Sunday, April 29

Dengan 1 Kalimat


Dengan Satu Kalimat

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.Bismillaahirrahmaanirrahiim…



Ketika mata dua insan saling menatap penuh suka
Allah beserta Malaikat-Nya menatap mereka dengan tatapan laknat lagi hina
Namun dengan satu kalimat, segalanya berubah…
Tatapan mereka yang penuh cinta nan suci
Mengundang tatapan Allah kepada mereka dengan tatapan penuh rahmat..Ketika jemari dua insan saling bergenggaman penuh kasmaran
Allah beserta Malaikat-Nya menyaksikan himpunan dosa bertumpuk atas keduanya
Namun dengan satu kalimat, segalanya berubah…
Genggaman jemari keduanya yang penuh mesra
Mengundang Allah mencurahkan maghfirah atas keduanya
Sehingga Malaikat bertasbih karena guguran dosa berserakan dari keduanya


Ketika hati dua insan terbuai dalam rindu penuh gelisah
Allah beserta Malaikat-Nya menyaksikan qalbu mereka membeku dari hidayah
Namun dengan satu kalimat, segalanya berubah…
Tautan rindu dalam qalbu mereka berbuah benih-benih keimanan
Sehingga Allah curahkan sakinah ke dalam qalbu mereka

Ketika raga dua insan saling terjamah dan berpadu penuh nafsu
Allah, Malaikat, dan seluruh penghuni langit dan bumi mencaci dan melaknat keduanya dengan hina
Namun dengan satu kalimat, segalanya berubah…
Perpaduan raga dua insan yang tulus suci diiring tasbih akan bercurahkan keridhaan Ilahi bagi keduanya
Sehingga Malaikat, dan seluruh penghuni langit dan bumi turut bertasbih seraya berdo’a,
“Ya Allah rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka yang terdahulu
dan berkahilah mereka dengan keturunan yang shalih…”

Hanya dengan satu kalimat, segalanya berubah…
Kalimat itu adalah…
“Saya terima nikahnya ……. binti ……. dengan mahar ……. di bayar tunai…”

aamiin
salam ukhuwah..
keep istiqomah..
senyum^_^

Thursday, April 19

MANSUHKAN PTPTN N BAGI PENDIDIKAN PERCUMA???

ASSALAMUALAIKUM..
1)iSU MAnsUHkn PinJaMaN PTPTN
hmmm..thiz iz my opinion abot thiz..MANSUHKAN PTPTN?? mmg xwajar n bagi yuka tak patut dimansuhkan..coz korank sume taukan tanpa ptptn MAHASISWA xkn brjaya melanjutkan plajaran..n xkn brjaya hingga ke hari ini..dgn PTPTN lar memban2 korank brjaya jadi orng yg success smpai skunk..lau PTPTN dimansuhkan,,sape nk bayar yuran belajar korank sume kt kolej/universiti??
 sape nk support makan minum korank??
 nak harapkan duit mak bapak je ke??   mampu ke??
hmm..lau yuka,yuka mmg xmampu,xmampu nk bayar yuran belajar kt universiti nih tanpa bantuan PTPTN..xsanggup nk suh parent je yg tlonk bayarkan sume yuran belajar 2..yuka pun drpd kuaga susah gk,ada lak adik badik ramai..blajar kt universiti nih pun dgn bantuan PTPTN je,, lau xde PTPTN mmg yuka xde harapan sambung blajar..so THANKZ 2 PTPTN.yuka brsyukur sgt2 pd Allah sbb dpt pinjaman PTPTN nih..walaupun ianya hanya pinjaman yg smntara coz t da keje kena byr balik..

2)iSu PenDidiKaN PerCuMa
pendidikan percuma..bagi yuka mmg bez lau dapat pendidikan percuma..mmg bezzz sgttt..tapii byk buruk lak drpd baiknya pendidikan percuma nih..hmmm..sndri mau ingt ye,,lau dgn senang2 je dpt pendidikan percuma ramai akan jadi malaz nk blajar coz diorang pk nk blaja senang je,,bknnya kena byr apa2 pun,,xyah membazir duit,, n maybe lau diorang belajar pegi klaz pun skdr memenuhi jadual kelas je,,bkn pegi ntok niat btul2 nk blajar nk berjaya..maybe gk diorang pegi blajar,dyiorang xnk brusaha blajar brsungguh2,,coZ dpt free kn..lau fail skali 2 pun apa nk dikisahkn..t boley blajar ag..alahhh free je..hmmm..macam2 jwpan akan kite dgr t lau dpt pendidikan percuma..n 1 ag sal isu "KULIAH DATARAN MERDEKA" baru2 ni,, diorang bagi kuliah free kt dataran 2 tanda protes suh mansuhkn ptptn kononnya nk dptkn pendidikan percuma..hmmm...agak2 smpai bile MAHASISWA nih dpt bagi pndidikan percuma??bley bertahankah mreka??
pas2 bayaran ntok tenaga pngajar 2 lak camne??xkn free je kot..lau free pun smpai bile nk bagi free..tenaga pengajar 2 mesti nk pakai duit gk ntok mngajar mahasiswa nih sume..nk pakai duit ntok sara family diorang..xknla kuar air liur brckp tpi kosong..means,,mngajar tanpa byaran..ntok kuliah kt dataran merdeka yg MAHASISWA wat 2 maybe bley brthn..but juz time 2 je kot..xkn dibaginya pendidikan percuma ntok selama2nya..pk logik pakai akal lah skitt..
  
psstt..
  • minx maaf sgt2 lau trkasar bhsa..2 pndpt yuka yg iklaz drpd lubuk at yg dalam..^_^
  • "sekiranya inginkan sesuatu kita haruslah berusaha dgn bersungguh2 ntok dapatkannya walau susah payah camne skalipun"
  • "susah dahulu senang kemudian"

isu MAHASISWA bergaduh d DATARAN MERDEKA

".Sekumpulan antara 30 hingga 40 individu yang tidak dikenali menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi tadi. Siapakah kumpulan itu masih belum dapat dikenalpasti. Namun dari segi usia, kelihatan kumpulan itu hampir sebaya dengan kumpulan mahasiswa yang berkhemah di dataran berkenaan.
Rakaman video memperlihatkan kedua pihak termasuk para mahasiswa bertikam lidah selama beberapa minit.
Namun tidak ada sebarang insiden buruk yang berlaku walaupun keadaan kelihatan agak tegang.
Polis yang tiba sejurus selepas kejadian berusaha meredakan keadaan namun menghadapi kesukaran disebabkan jumlah yang terbabit di kedua pihak agak ramai.
Mahasiswa berkenaan adalah sebahagian daripada peserta demonstrasi menuntut pendidikan percuma yang dibuat Sabtu lalu.
Walaupun demonstrasi berkenaan gagal sepenuhnya, namun sebahagian peserta demo bertindak menjadikan kawasan dataran umpama milik ibu bapa mereka dengan mendirikan khemah dan enggan berganjak."

sumber: mynewshub.my

xabiz2 isu sal MAHASISWA gaduh,,gaduh je korank pandai ye..yuka sbgai mahasiswa sndri pun ase malu dgn tindakan diorang..'MAHASISWA' gaduh lak kt DATARAN MERDEKA.Isy2..

Tuesday, April 17

KASIHNYA ALLAH PADA WANITA


"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" 
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Sunday, April 15

"Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina"

BILA AKU BACA SAMPAI HABIS AKU RASA AKU PATUT SHARE
kalau korang yang dah baca nak share pun bole.

" Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina

Bismillah....
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?"

Friday, April 13

PEnggaYaaN TudunG MengiKut BeNtuK WajaH


Assalamualaikum..^__^
hye sume..skunk yuka nk share in4 yg yuka dpt ni dgn kwn2 sume..
ermm.. tau x?? Penampilan mrupakn sesuatu yg sngt pntink  pada seseorang. Ini disebabkan, penampilan yg akan melambangkan karakter diri seseorang itu. Apa jua jenis penampilan yang ditonjolkn mewakili dri n  siapa diri kite. Penampilan yg kemas, cantik n menawan antara pilihan kebanyakan gadis semasa. xkira apa jua fesyen yg diketengahkan, jika ia memberi inspirasi  kepada kecantikan, pasti fesyen itu akan menjadi ikutan.knn..yup..mmg kite kena ikut predaran fesyen skunk gk.tpi muz ttp aurat n brsesuaiakn dgn diri kite..

skunk mcm2 fesyen baru muncul..Ada gk yg membuatkan serabut n ‘membebankan’. Adakah itu yg diwakili korank?
Atau korank sendiri still keliru dlm mencari identiti fesyen yg bersesuaian dgn korank.?? tau x...fesyen bley dikaitkan dgn saiz tubuh badan n wajah kite.
 Cthnya:
  • jikan saiz badan korank gempal n rendah, fesyen yg sarat n pnuh bukanlah pilihan yg tepat. Jadi,fesyen yg ringkas dn kemas akan mnjadikn mereka yg bersaiz septi ini kelihatan lebih kurus n tinggi.
Begitu juga dengan pemakaian tudung.
 xsume fesyen pemakaian dan gaya tudung sesuai dgn stiap org. sbb.. wajah stiap org brbeza bntuknya n  jenis lekukan tulang pipi n rahang. Penggayaan perlulah sesuai dgn stiap org perlu tahu n peka pada jenis bntuk wajah mreka sndiri, skaligus mreka akan tahu jenis fesyen n penggayaan yg sesuai ntok wajah mreka.

  • Wajah buah anggur
Utk mereka yg mempunyai bentuk wajah yg bujur, mreka sbenarnya beruntung dan bernasib baik. Mereka x perlu risau dgn apa jua penggayaan dan fesyen yg dilakukan. Wajah seperti ini boleh menggayakan fesyen tudung yg kemas, kembang, dan juga serabut.semua fesyen x akan menjejaskan imej yg ditonjolkan.

  • Wajah bujur pisang
Jgn pelik lak tau..coz ada juga sesetengah orang yg mempunyai bentuk wajah bujur tpi xsesuai sgn sesetgh fesyen. Cthnya: fesyen gaya tudung yg menggunakn awning. Sesetengah mreka yg brwajah bujur sesuai menggayakan fesyen ini, sesetengah pula akan menampakkan wajah lebih kecil dan dan sempit. Jika ini berlaku tudung awning yg digunakan perlulah kosong dan tidak bercorak. Tetapi utk langkah selamat, elakkan penggunaan tudung awning, kerana tudung awning lebih member ilusi kurus pada bentuk wajah. Ia lebih sesuai utk mreka yg mempunyai bentuk wajah yg bulat @lebar.

  • Wajah buah delima
Bentuk wajah buah delima adalah bentuk wajah yg bulat tetapi kecil dan cantik. Wajah seperti ini juga dikatakan wajah comel. Sesuai juga menggayakan apa jua jenis fesyen kerana bentuk wajah sperti ini tidak mempunyai masalah dari segi bentuk tulang pipi dan rahang. Tetapi penggayaannya pula perlulah lebih kepada fesyen tudung yg tidak sarat dgn corak. Jika corak byk lbih2 lagi berbentuk bulat besar. Fesyen ini akan membuatkan wajah si bulat comel ini lebih kecil dan tenggelam.

  • Wajah buah epal
Wajah bentuk sperti buah epal ini adalah wajah yg bulat tapi lebar. Fesyen yg sesuai ini adalah fesyen tudung yg mempunyai awning krna awning serta merta akan menutupi tulang pipi dan bentuk wajah yg lebar trsebut. Tetapi jenis awning juga pelbagai , ada yg panjang pada bahagian pipi dan ada juga yg pendek. Jadi, pilihan yg tepat adalah awning yg panjang pada bahagian pipi krna menutupi spenuhnya bhgian lebar di pipi. Saiz pada bentuk awning juga penting.
  • Wajah buah strawberi
Trdpt juga sesetengah orang yg mempunyai bentuk wajah seperti ini iaitu besar di atas dan tirus pada bhgian dagunya. Wajah sperti ini kbiasaannya di panggil brkepala lonjong.bukan tidak cantik tapi unik dan manis apabila bertudung. Mereka tidak perlu risau dlm memilih  fesyen dan penggayaan tudung krna wajah seperti ini sesuai menggayakan apa jua fesyen tudung.
Ini di sebabkan bentuk tirus bermula dari pipi hingga ke dagu membuatkan mreka mempunyai bentuk wajah yg lengkap tanpa perlu menyorokkan tulang pipi dan rahan. Apa yg penting, pada bhgian kepala, inner perlu dibentuk agar sdikit agar tidak terlalu melekat di kepala, jika inner terlalu melekat mnyebabkn dahi yg luas klihatan ketara.


so camne?? da tau kn bntuk wajah kwn2 sume..yuka hrp lps nih..korank da bley tau bntuk wajah korank..k (",) gud luck.. n selamat mncuba..n slamat mngecek..(>.<)

Tuesday, April 3

hADiAh UTamA SeRiNg DiLuPai ntOk Orng TrsyG


Assalamualaikum
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesape je yang kita 
kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. 
Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.


1. Hadiah Mendengar

Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih

  Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota

  Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa

 Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian

  Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan

  Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian

 Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan

 Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah

  Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa

  Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita

hmmm..simple je kn..hadiah ni sering dilupai oleh kita sume ntokbagi kt orang trsyg..
sume ingt hadiah yg kena bagi ialah dlm bentuk benda..but xsemestinya benda.. dgn memberikan hadiah2 sprti kt atas nih da ley wat orng trsyg epi gak tau..
so selamat mencuba..

>.^