follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Monday, December 31

RAHSIA TERSIRAT DI SEBALIK TANDA TANGAN


Assalamualaikum w.b.t 


 kali ni aku nak kongsikan dgn korang rahsia ttg tanda tangan korang..t boley camana..la korang try check yg tanda tangan korang ..

tanda tangan ni penting ntok sume coz dalam setiap urusan kite perlukan tanda tangan ntok menanda tangani sebarang urusan surat menyurat atau pun sebarang perjanjian @ dokumen2 apa2 je... pokoknya tanda tangan tu memang penting la..

 ermm..lau korang nak tau tanda tangan ni  melambangkan personaliti @ identiti kite.xkira camana skali pun  bentuk tanda tangan kite sekalipun..

so pe lagi..

jom kite sesama check kat bawah ni rahsia yg tersirat di sebalik tanda tangan korang...



 Rahsia yang Tersirat di Sebalik Tanda Tangan

 

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan




*Mempunyai keyakinan yang tinggi

 *personaliti yang baik. 

*Namun,bersifat agak kedekut.

* mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

 




2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan




*Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. 

*Mudah menukar kekasih seperti menukar baju. 

*Memilih orang yang memiliki kecantikan@ kehenseman.

 *mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga *mudah menarik perhatian orang lain.

 




3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan




*Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. 

*Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan

* ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

 




4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan




*Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan *mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.

*Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam.

* mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.

 




5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan




*#*Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan  nama mereka. *Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. 

*Mereka jarang untuk berterus terang

*merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

 




6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan




*Mereka berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. 

*Mereka ini tidak tetap pendirian.

*selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. 

*tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara

 *Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

 




7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung




*Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. 

*Mempunyai hati yang baik, 

*tidak mementingkan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. 

*Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.

 




8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama




*Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. 

*Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat.

*memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

 

ehem2...

heee...so camana?? da check lum tanda tangan korang??

ada persamaan tak..hee..  ermm..sorry lah ye klau ada yang tak sama dgn diri korang..jangan marah ye..ni juz ntok suke2 je kot..tapi ada gak yang sama dgn diri korang gak kn..hee...mana tau maybe berguna ntok korang dlm mnilai seseorang yg baru kenal nanti >.<

sume nih aku dengar melalui ceramah DR Fadzilah kamsah..

k..

smoga bermanfaat ntok sume..





Saturday, December 29

FINAL EXAM SEPTEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


NORLIEY.....!!!
INGAT KAMU SKUNK AKAN MENGHADAPI FINAL EXAM SEPTEMBER 2012!!
ESOKKK....SUBJEK PERTAMA KAMU...
 


wow..feel so nervous.. esok adalah hari aku final exam ntok semester 7 nih..dan esok adalah ntok:
* kertas pengajian malaysia iaitu subjek pertama..
*bersamaan 29/12/12
*pukul 9.00 a.m - 12.00 pm..
ase takut giler..dah la study juz gitu2 je..subjek nih aku banyak alert always kt dalam kelas je..coz lecturer kami orangnya baik sgtt..dia salu bagi kami byk2 soalan exam yg lepas2 ntok kami jawab sama2..then bincang jawapan ntok soalan nih sama2.. bab study nih..aku mmg malas study awal2..
aku suke sgt study last2 minit..sok ada paper final exam..mlm ni aku study..ahhaha...
( kwn2 sume jgn tiru cara sy ye..hehehe..)



 Oppss.. kat bawah ni aku sediakan bingkisan doa ntok korang baca ketika peperiksaan ni..
ada doa sebaik sahaja kuar dari rumah, doa dalam perjalanan ke dewan exam, doa masuk dewan, doa apabila duk kat krusi, doa apabila buka soalan & sesudah baca soalan, apabila mula mnjawab, apabila sukar n semak soalan..
ada macam2 daa..
jgn lupa amalkan ye..insyaallah bermanfaat ntok kite sume ketika exam nih..Insyaallah..




hhmm.. k lah.. xmo ckp byk2 da..nk sambung study lik..
doakan sy berjaya n ley jawab final exam dgn baik ye..Amin..:)


Tuesday, December 25

SURAT NTOK mRS F

"kpd  Mrs F

napew awk add sy lik.. knapa awk..knapa awk add fb sy lik..apa motif awak..siap bgi num awkk..
xcukup ag ke pe yg awk da wat..xcukup epy ag awk..@ awak akn epy bile sy xbhgia cam awk nak..
xcukup bhgia n epy ag ntok awk..@ awak nk tgok sy xde kt dunia ni baru awk epy selamanya..sy pegi dri dunia ni n ikot arwah mok sy.. 2 yg awk nak sgt kn..
da cukup la awk..
selama hbungan kite pnuh penipuan.. awk tipu sy mcm2.. 
sy btul2 trpedaya..awk mmg................
oohhh..atau awk nk kite still contact coz awak nk gtau sy yg awk da jumpa bakal isteri yg awk idamkn 2..??? dgn cara 2 awk ley sakitkn ag ati sy kn.. ok la..tengkiu sgt2..sy doakn awk bhgia dgn istri awk 2..
"

peghhhh...aq ase nak je msj kt dye cam 2..aq nk dye tau isi hati aq yg btul2 mnyampah n sakit at dgn dye..
smoga apa yg da dye wat kt aq n ex2 dye bia Allah je yg mampu balas.. hukum karma akan ttp blaku..


24.disember

Assalamualaikum w.b.t

ari ni suda ari ke 40 pemergian arwah mok yg aq syg kembali ke rahmatullah..
semoga roh  arwah mok tenang di sana disamping roh orng2 yg beriman dan ditempatkn  di syurga-Mu.
 Ya Allah..tak aku sangka..begitu cepat masa berlalu..walaupun suda ari ke 40 tapi aq merasakn arwah baru je meninggalkan kami sume.. masih ku ingat ag di ari pemergian mok.kami menangis meratapi mok..kami tak sanggup kehilangan arwah mok.. mok satu2nya nenek kami yg pling rapat dgn kami..tmpt kami tumpang kasih syg.. tahlil arwah mok ntok ke 40 ari ma akan wat pada 27 disember 2012 ni..tpi sygnya aq xdpt balik ke kg sbb sab2 nih aq ada final exam sem..ase sediy sgt.. xpe la.. xsmestinya kt umah lata..kt mana2, kt mlaka nih pun aq bley salu sntiasa doakn arwah mok n mengaji ntok arwah mok..insyaallah..
 

Tuesday, December 18

RAHSIA WANITA:MENGIKUT SUSUNAN ADIK BERADIK

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

STRUKTUR KELUARGA YANG SESUAI BAGI MEMILIH PASANGAN



Assalamualaikum..
~SHARING IS CARING~>.<

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.


Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.


Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.


Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.


Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung - Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU



Thursday, December 6

EX VS TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah rupa2nya aq still xdpt lupakan ex..
tdi tiba2 xsengaja aq trtgok pic dye kt profil fb dye..tiba2 tringat kt dye blik.. 
hmm..knapa lah at nih.. ari 2 da ok skit..da xingt kt dye..mlm ni plak..tetiba je..bley nk trpk sal dye..
nyata aq mmg syg kt dye ag..
arghh..xde guna aq ayik pk sal orng yg xprnh hargai aq seadanya..
krna 1 pkra yg aq xmampu nk tlong juz..dye cam minx clash..
walhal aq yg minx clash sbenanya..tpi sume nih blaku sbb dye..
arghh..bkn salah aq..
Ya Allah..sememangnya dye bkn jodohku lagi.
Engkau hapuskan ]lah dye dri pkiran ku Ya Allah..
smoga aq dpt idup tenang Ya Allah tanpa pk ag sal dye Ya Allah..
Ya Allah..sememangnya dye bkn jodohku lagi..

Ya Allah, aq da ada kawan lelaki yg baru, kami baru je kenal.
tapi dye da jatuh cinta pd ku ya Allah...
namun, aku tak mampu nk membalas cinta dye,, hati aq dah trtutup ntok trima lelaki dlm idupku..
aku takut, aku tak mampu bahagiakn dye, aku takut aku tak mampu nk berikan cintaku pada dye..
coz aku hanya menganngap dye sbgai teman biasa,,

tetapi Ya Allah sekiranya..Engkau telah tetapkn dye jodohku..
engkau tanamkanlah rasa cintaku pada dye..
supaya dye bahagia..supaya aku trima dye krana cinta bkn krna paksa..

Sekiranya dye juga bkn jodohku..
Engkau bawalah dye pergi jauh dri ku..

AMIN AMIN..YA RABBULIZATI..

Sunday, December 2

hubungan as kawan

assalamulaikum..

sekarang baru aku tau kenapa sejak kecik ag parent tak bagi kawan rapat sangat dengan lelaki..
salah 1 yg aku nak share..kawan yang berlainan jantina nih tak ley jadi kawan..apabila mereka berkawan takkan kekal lama,.coz salah seorang antara mereka akan ada feel kat kawan lain jantina 2..walaupun kawan lain jantina 2 juz anggap hubungan mereka as kawan je..not more than that..but si boy plak yg syok sndiri ingatkn kawn dye si gurl 2 minat gak kt dye..coz hubungan mereka memang mesra..si gurl layan so boy dgn ngam skali..hubungan meka memang kamching la.,.
so..to sesiapa yang ada kawan berbeza jantina nih..salu lah beringat..
berwaspada selalu..jgn sampai salah seorang antara kamu menyimpan perasaan cinta kpd kamu tanpa kamu sedari..

.....to be continue...