follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Saturday, December 31

Persahabatan itu sejati...
tanpa sahabat tiada ertinya sebuah kehidupan.
persahabatan itu sejati
tiada nilainya
erti sebuah persahabatan
ianya begitu berharga
tanpa sahabat kehidupan tiada ertinya
sekiranya seseorang kawan tercedera
sahabat turut merasa sakitnya umpama cubit paha kiri paha kanan turut terasa 


                                         

kawan sekuliah sye:adan,wani, renuka n chin

 

               



bez frenz waniey with renuka


                       



kawan2 masa form6..:kakmas,kakak,sue.mazna n me..mizz u damn so muchh...<3



sweet moment with arwina, n farah masa orintasi unirazak


CETUSKAN KEAZAMAN ANDA SEMPENA TAON BARU 2012

keazaman merupakan suatu kehendak dalaman ke arah mencapai sesuatu yang diingini.Walaupun ia kelihatan mudah dan kebanyakan sesiapa pun sudah mempunyai keazaman tetapo kemungkinan hanya sekadar terpendam di lubuk hati tanpa menjadikannya suatu realiti.
kenapa kita perlu ada keazaman di dalam diri kita?? Apabila seseorang itu berazam ia sebenarnya sedang melalui proses pengumpulan tenaga yang akan membina kekuatan dalaman. Kekuatan dalaman inilah yang dipanggil semangat yang akan menjadi pendorong dan penggerak tindakan yang akan dijelmakan melalui kekuatan fizikal.

Sebagai contoh apabila kita berazam mendapatkan sesuatu yang menarik, kekuatan yang ada pada diri kita akan menjadikan kita seolah2 tidak sabar lagi untuk mendapatkannya..Kemungkinan kita semalam tidak boleh tidur memikirkannya walaupun sebelum dari itu kita merasakan teramat mengantok serta nak tidur awal.Inilah yang dikatakan tenaga dalaman yang mampu membina kekuatan kepada minda dan anggota fizikal.Ini bermakna seseorang yang kelihatan lemah dan tidak minat untuk belajar, kerap bosan adalah orang yang lemah dari segi kekuatan dalaman yang tidak mampu menggerakkan anggota fizikalnya untuk bertindak.Mereka ini sudah pasti tidak mempunya matlamat yang jelas,cita2 serta tidak ada keazaman diri.

setiap keazaman perlulah disusuli dengan tindakan agar dapat dimanfaatkan pada diri kita..untuk mengelakkan keazaman menjadi hanya angan2 seperti angan2 Mat Jenin, maka keazaman itu haruslah mempunya ciri2 berikut:

  • penumpukan keazaman
    • keazaman seharusnya ditumpukan pada sesuatu yang spesifik.Tanya pada diri kita apa yang kita inginkan pada tahun baru ini secara jelas dan terperinci sehingga kita faham hala tuju keazaman kita.ellakkan keazaman yang bersifat samar2 @ tidak menetu(yg sentiasa brubah2 kerana ini akan menyukarkn pelaksanaannya nanti.
  •  boleh dilaksanakan
    • biarlah keazaman itu tidak mustahil untuk dilakukan.Oleh itu keazaman yg kita ingini itu perlulah sepadan dengan kemampuan serta dapat dilaksanakan secara progresif.
  • mempunyai perancangan
    • perancangan adalah penting kerana ia menjadikan penggerak tindakan yang akan dilakukan.Perancangan adalah berbentuk jadual pengurusan masa, perlaksanaan.sumber@coretan refleksi yang mencatatkan tahap pencapaian@kemajuan tindakan yg akan dilakukanndari semasa ke semasa.
  • disiplin diri

    • kesabaran,pengorbanan dan ketelusan merupakan aspek disiplin diri yang harus diaplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam melaksanakan segala keazaman yang kita ingin dicapai.segala bentuk amalan yang menimbulkan keselesaan dan keseronokan menjejas keazaman kita haruslah dikorbankan.
ketekalan dalam melaksanakannya secara berterusan serta kesabaran menunggu kejayaan hasil daripada usaha yang dilakukan merupakan faktor yang penting demi untuk mengelakkan diri kita daripada merasa bosan @ berputus asa.sesungguhnya keazaman itu haruslah ada pada diri kita agar semangat dalaman akan sentiasa membara di jiwa ke arah pengumpulan kekuatan dalaman serta membentuk tindakan yang berfaedah untuk memberi kesempurnaan  dalam kehidupan kita..


Friday, December 30

KISAH LIANA SEJENIS POHON MEMANJAT..

Ini adalah pohon liana yang merupakan sejenis pohon memanjat..pohon memanjat ini sering kita lihat dekat cite2 Tarzan sebab lau berlakon Tarzan selalu akan bergayut dri pohon Liana ini ke pohon Liana yang lain..
Pelik Tapi Benar..hehe..
 

 POLOK LIANA:-)

ORANG YG BERNAMA LIANA(syelah nih..:)

kelakarkan..!!nama  pohon nih sebijik macam nama aku Liana..wakaka..cuma yang bezanya Liana itu pohon memanjat manakala sye nih manusia..an human being..tapi kami sama2 Liana..hahaha..dahulu memang sye sendri tak percaya yang nama sye Liana jugak merupakan nama sejenis pohon hutan..ni pun sye tau sebab masa sye belajar geografi  tingkatan 3 asenya kalau tak silap la..kawan2 sye yang menjumpai nama Liana ini dalam buku geografi tersebut,,then,,diorang lah yang bagitahu sye..selepas dapat tau sal nih..diorang tertawakan sye..tapi sye buat derk je..yelah nama kita sama dengan pokok..pada asalnya memang nampak macam klakar..tapi bila sye fikir balik..bagus juga..n famous juga nama sye nih sampaikan pokok pun pakai nama sye.hehehe..


ok..sekarang sye nak gtau tentang kisah pokok Liana lak..maybe ada yang belum kenal ag dgn pokok nih..hhmmmmm......k sebenarnya pokok Liana nih kalau korang nak tau pokok nih mrupakan pokok yang digunakan oleh Tarzan untuk bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain..Liana adalah suatu habitus tumbuhan. Suatu tumbuhan dikatakan liana apabila dalam pertumbuhannya memerlukan kaitan atau objek lain agar ia dapat bersaing mendapatkan cahaya matahari. Liana dapat pula dikatakan tumbuhan yang merambat, memanjat, atau menggantung. Berbezaa dengan epifit yang mampu sepenuhnya tumbuh lepas dari tanah, akar liana berada di tanah atau paling tidak memerlukan tanah sebagai sumber haranya.
Tumbuhan memanjat ini paling banyak ditemukan di hutan-hutan tropika. Contohnya adalah jenis-jenis rotan, anggur, serta beberapa Cucurbitaceae (suku labu-labuan). Liana biasanya bukan parasit namun ia dapat melemahkan tumbuhan lain yang menjadi penyangganya dan berkompetisi terhadap cahaya.
Di hutan-hutan lebat yang dipenuhi liana, hewan-hewan arboreal (hidup di pohon) dapat dengan leluasa berpindah dari satu pohon ke pohon lain melalui liana atau dengan bergelantungan pada batang liana. Berbagai kera, seperti siamang dan owa, dikenal sebagai penjelajah pohon yang ulung melalui liana.
Tokoh filem Tarzan juga digambarkan mampu berpindah secara cepat dari satu pohon ke pohon lain dengan berpegangan pada batang liana.
haha..famaous gak nama sye sampaikan boleh sama dengan nama pokok nih...

Wednesday, December 28

BaHaSa InglisH @IngGeRis???

tau x??? bahasa inggeris sebenarnya penting untuk kita semua..walaupun ianya bukan bahasa ibunda kita tapi bahasa inggeris merupakan bahasa global@bahasa dunia..bahasa inggeris di guna pakai di seluruh negara..boleh dikatakan bahasa inggeris itu iz bahasa penghubung antara negara..
tapi aku...huhuhu..sampai sekarang aku boleh dikatakan pandai juga bercakap bahasa inggeris sikit2 tapi malangnya..aku kurang keyakinan diri untuk tampil bercakap secara berani depan umum dalam bahasa inggeris..
aku sampai sekarang belum yakin untuk bercakap dalam bahasa inggeris..tiada keberanian..mungkin juga kerana pengaruh sekeliling..orang2 sekeliling aku tidak mengamalkan bahasa inggeris..n pernah dulu seingat aku..masa form 3@ form 4 asenya aku pernah cuba bercakap dalam bahasa inggeris dengan teman2 aku..tapi apa yang aku dapat..mereka tertawakn aku balik..malu rasanya..sedangkan aku juz nak belajar berani bercakap dalam bahasa inggeris..
tapi..sekarang setelah aku belajar d universiti UNIRAZAK@ UMTECH nih..semangat aku untuk bercakap bahasa inggeris makin berkobar2..mungkin kerana pengaruh sekeliling lagi..:) kebanyakan kawan2 dekat universiti ini semuanya bercakap dalam bahasa inggeris..dan mereka sangat fasih berbahasa inggeris..sedangkan aku...hhmmm...xpe..aku masih sedang merangkak2 belajar berbahasa inggeris..xpe..Insyallah..cepat@lambat aku akan fasih berbahasa inggeris.




(^_____________________________________________________________________________^)
(@______________________________________________________________________________#)
TENGOKLAH NANTI!!!
CHAIYOKK!!

k..sekian setakat itu sahaja untuk kali ini..tq coz baca..love u allz,,

Tuesday, December 27

AYAT2 ALQURAN YANG BOLEH DIAMALKAN




Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah





1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan



* Langkah 3:

* Forward email ini kepada kawan2 anda yang anda kasihi


* Hasil 1:
* anda telah mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.


* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.


* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya ada orang yg telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

MIGRAIN VS SAKIT KEPALA..

MIGRAIN ATAU SAKIT KEPALA..

sebenarnya aku sakit apew? kenapa kepala aku seringkali rasa berdenyut2..menekan2..migrainkah aku atau juz sekadar sakit kepala biasa??? soalan nih selalu bermain dibenak fikiran aku..aku takot sangat kalau2 yang sebetulnya aku terkena migrain..sebab ada orang kata migrain itu sangat bahaya..kalau tak diubati ianya akan membahayakan diri aku sendiri..ramai yang kata migrain nih merupakan penyakit keturunan..ianya diwarisi secara turun temurun..betul ke?? entahla..aku pun tak tau..tapi yang pasti abang aku pun ada jugak yang migrain..

memang..bila migrain atau sakit kepala aku ghase nak ketuk2 je kepala aku nih supaya sakit yang menyerang bakal hilang dengan sendiri..Sebenarnya apa beza migrain dengan sakit kepala erk..???
aku tak pasti sangat..

Demam exam melanda kembali..

tinggal beberapa hari saje lagi aku bersama kengkawan aku akan menghadapi peperiksaan final exam for this semester..Nerveous giler ghase nak menghadapi exam nih..bagi aku exam nih macam dunia aku masuk perang..aku terpaksa berperang dengan kertas soalan2 exam..kena jawab soalan exam yang macam2 peie pangai nye...nasib baiklah soalan exam dekat universiti nih x sesusah exam masa upsr,pmr,spm n stpm yang aku amik dulu2..bagi aku soalan exam dekat universiti nih senang sikitla..hehe..senang skitt jee..becoz dekat universiti nih kita dapat agak soalan apa yang akan keluar exam..n kekadang lau bernasib baik lecturer akan bagi tips exam..so dengan cara itu kita dapat agakla soalan exam apa yang akan keluar..n  lau nak score exam kita kenalah ghajin2 belek2 last sem final exam paper..kena kaji selidik soalan lepas2..:-)

start 2 minggu lepas lagi aku dah demam exam..selalu sakit kepala..start study sanggup tak tido malam..kekadang ler..hehe..sekarang waktu tidur aku dah bertukar..dulu aku suka tidor malam dari pukul 12 mlm sampai 6 pagi tapi sekarang waktu pukul 12 malam tu dah bertukar jadi waktu study aku..aku berharap usaha aku tak sia2..aku nak sangat dan berharap sangat result exam aku selalu score 3.00 ke atasla..even bagi orang lain 3.00 pointer 2 rendah je tapi bagi aku yang kurang cerdik nih dah cukup tinggi.dan aku bersyukur sangat lau dapat 3.00 pointer ke atas..lau boleh nak dapatkan dean list..




Saturday, December 24

Semalam detik 12.00 tgh malam hubungan aku dengan mantan kekasih aku Nasrudin Nasrid telah berakhir..hubungan kami putus sekerat jalan..Semuanya angkara aku..perangai aku seandainya bercinta aku cepat sangat jemu..aku tak tau kenapa..tetapi memang nasib aku selalu macam itu...Nasrudin mantan aku itu memang seorang yang terlalu..terlalu baik bagiku..parent dan family aku semuanya telah kenal dengan dia..kerana dia pernah datang ke rumah aku dan menemui family dan parent aku..Parent aku lak dah setuju kalau2 kami dijodohkan..Namun, siapa dapat menyangka takdir tidak menyebelahi kami.mungkin sudah suratan Ilahi yang kami memang xde jodoh..aku memang salah sebab tolak cinta dye..dye terlalu naif,baik sangat,pijak semut pun tak mati bila bercakap..dye macam tak matured..sedangkan aku inginkan lelaki yang matured yang pasti boleh menjaga aku..yang jaga keselamatan aku bukannya aku yang kena jaga dye..!!
Nasrudin ni bagiku seorang lelaki yang lemah lembut mengalahkan aku sebagai pompuan, seorang yang senyap,pemalu sangat,lurus gak kot..anak bongsu daripada ramai bilangan adik beradik..lupa daa aku berapa sibling dye..memang terlalu ramai daripada aku..nih gambar dye lau korang nak tau korang tengokla sendiri..daripada raut wajah dye pun aku rasa korang dapat bayangkan perangai dye camne...=D

(awak..sy mintak maaf sgt sbb letak pic awk..sy juz nk gtau yg awk bukan pilihan at sy..awk terlalu baik..tak matured ntuk sy..n lau sy trus bersama dgn awk sy xyakin yg awk boley jaga sy..)

Tuesday, October 4

AbaHAh..

Hatiku merasa teramat pilu..sediy rasanya bila orang yang aku sayang buat aku macam itu.. Aku merasakan Abah, bapa aku sudah tidak sayangkan aku lagi..dan kami adik beradik...Abah ku beristeri 2. Ibuku merupakan isteri pertamanya @ merangkap isteri yang tua..Aku merasakan Abah tidakadil dalam membahagikan kasih sayang antara anak-anaknya..
Antara anak isteri muda dan isteri tua..Abahku lebih menyayangi anak-anak isteri mudanya..segala kasih sayangnya hanya untuk anak isteri muda sahaja..walaupun aku pernah cuba lari dari kenyataan itu tapi abah memang macam itu..Pernah aku ingat dulu masa aku masih kecil lagi abah menyayangiku dan adik-adikku yang lain bagaikan menatang minyak yang penuh..segalanya adil..kasih sayang dibahagikan samarata antara kami..
Namun, semuanya berubah setelah aku meningkat dewasa, abahku telah berubah sikap..Abah yang aku sayangi kini berubah menjadi seorang yang garang..setelah dewasa aku merasakan aku tidak lagi mengecapi kasih sayang abah..Aku hanya mendapat kasih sayang ibuku yang tercinta sahaja..Ibuku sentiasa ada setiap kali aku perlukan tempat mengadu, belaian kasih sayang..Tetapi Abahku tidak pernah ada setiap kali aku memerlukannya...
Masihku ingat lagi semasa aku berada di rumah semasa cuti semester, abahku pulang ke rumah...Setibanya di rumah abahku memarahi ibuku..Aku merasakan teramat  terkilan..sedih rasanya dengan sikap abah..Setiap kali abah pulang ke rumah abah mesti memarahi ibuku dan juga adik-adikku..kadang-kadang kesian dengan ma kerana sering dimarahi abah..

Friday, September 30

Hari Lahir Ma..-30/9/2011(JUMAAT)

Hari ini merupakan hari Lahir ma, bondaku Rokiah Che Mahmood  yang tersayang..Ma selamat hari lahir acik ucapkan..acik sayang ma sangat-sangat..terima kasih kerana banyak bersabar dengan karenah kami adik beradik(along,abanglong, abgwan,abgjae,angah, abgwie,acik,adik haniey,adik fiza dan adik rina)..kami semua sayang ma..

Ma merupakan permaisuri di hati kami adik beradik..tanpa ma dan abah kami takkan berjaya sampai macam ni..terima kasih ma..ma sanggup membesarkan kami 10 beradik..10 orang anak bukan satu jumlah yang sikit..terlalu ramai tapi ma sanggup pelihara kami walaupun pernah dulu ada pasangan berpangkat Dato satang ke rumah nak ambil abang kami abgwie sebagai anak angkat tetapi ma tidak menyerahkan abgwie kepada mereka..Acik merasakan sangat gembira dengan keputusan ma yang tidak sanggup menyerahkan abgwie kepada pasangan tersebut...begitu berat dugaan yang ma lalui waktu itu.. n waktu itu hidup kita susah tak macam sekarang..
Kami tau kami terlalu banyak menyusahkan ma dengan sikap kami..melayan karenah kami yang semuanya nakal-nakal..yang susah nak dikawal..tapi ma tetap sabar..ma acik tak sanggup kehilangan ma dan kalau diizinkan Allah acik nak acik pergi dulu sebelum ma..sebab acik tak mungkin sanggup kehilangan..
Setiap kali solat acik sentiasa mendoakan ma dan abah..
Acik nak keluarga kita kembali bahagia macam dulu walaupun kita hidup susah..

Terima kasih banyak2 ma
. 
.I LOVE U SO MUCH..MUAHHHxxxxx....

Wednesday, September 28

Adik-adikku tersayang..

1.haniey-Form Lower Six
2.Fieza-Form Four
3.Renna-Form 1

Sekeping Skarf Hitam Putih..

Skarf hitam putih yang ku simpan sentiasa..seringku pakaikan dikepalaku untuk mengelakkan rambutku terurai di pipi..Skarf hitam putih yang kuanggap terlalau istimewa..kerana ianya merupakan pemberian dari  seorang sahabat yang amat aku sayangi suatu ketika dahulu..Dia memberinya skarf hitam putih tersebut kerana dia ingin aku memiliki benda yang sama dengan dia..SKARF HITAM PUTIH..
Kini,
 Skarf hitam putih tersebut tanpa ku sangka telah rosak kerana abangku terpijaknya sewaktu abangku masuk ke bilikku untuk membaiki laptopku..Pada waktu itu aku merasakan teramat sedih kerana aku bimbang kalau sahabat aku itu mengetahui yang skarf pemberiannya itu telah rosak..namun, rupa-rupanya di sebalik peristiwa itu berlaku satu peristiwa yang tak ku duga akan berlaku dalam hidupku..
Hubungan sahabat antara kami akhirnya terputus begitu sahaja..begitu cepat dia melupakan aku sahabatnya di waktu susah dan senang..mungkin skarf hitam putih itu patah kerana ianya membawa petanda yang hubungan akrab antara kami bakal berakhir..
Semuanya berubah setelah semester baru bermula..dan dia memulakan semester baru dengan kekasih yang baru..mungkin kerana itulah dia mahu melupakan semua yang lama...termasuk ex-bf dia merangkap kawan aku dan termasuk aku sendiri..mungkin..hanya Allah saja yang tahu..namun, aku reda mungkin ini ujian yang harus aku lalui..semoga Allah membukaka pintu hati untuknya dan menyedari kesilapannya..

Sunday, September 25

SEMpURNA_iRwaNsYaH

PELENGKAP HIDUPKU..

Aku bagaikan bintang yg x ditemani malam..

Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa..
Yg ingin membuat aku tak ingin pergi darimu..

Teringat..
janji lamamu kepadaku..

Teringataku..
Teringat saat kau masih ada disisi..
Menemaniku sepanjang hidupku..


Bila kau pergi jauh..
Ingatlah aku..
Bilaku disampingmu peluk tubuhku

Bila kau rinduku panggil namaku..
Ku datg menemuimu..

Peluk erat jasadku jangan lepaskan tetap lak kau disini arungi mlm..
Karena hanya dirimu belahan jiwa..
Pelengkapku di dunia..
Na..na….

Teringat aku teringat..
Teringat janji lamamu kepadaku..
Tringat aku teringat..
Saat kau msih disini..
temani ku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh..
Ingatilah aku..
bilaku disampingmu peluk tubuhku..

Bila kau rindu aku pangil namaku..
Ku kan dtg menemuimu..
Peluk erat jasadku jangan lepaskan tetaplah kau disini arungi malam..
Kerana hanya dirimu belahan jiwa..
Pelengkap hidupku didunia..

Bila kau rindu ak upanggil namaku..
Ku kan dtg menemuimu..
Peluk erat jasadku jangan lepaskan tetaplah kau disini arungi malam..
Keranahanya dirimu belahan jiwa..