follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Tuesday, October 4

AbaHAh..

Hatiku merasa teramat pilu..sediy rasanya bila orang yang aku sayang buat aku macam itu.. Aku merasakan Abah, bapa aku sudah tidak sayangkan aku lagi..dan kami adik beradik...Abah ku beristeri 2. Ibuku merupakan isteri pertamanya @ merangkap isteri yang tua..Aku merasakan Abah tidakadil dalam membahagikan kasih sayang antara anak-anaknya..
Antara anak isteri muda dan isteri tua..Abahku lebih menyayangi anak-anak isteri mudanya..segala kasih sayangnya hanya untuk anak isteri muda sahaja..walaupun aku pernah cuba lari dari kenyataan itu tapi abah memang macam itu..Pernah aku ingat dulu masa aku masih kecil lagi abah menyayangiku dan adik-adikku yang lain bagaikan menatang minyak yang penuh..segalanya adil..kasih sayang dibahagikan samarata antara kami..
Namun, semuanya berubah setelah aku meningkat dewasa, abahku telah berubah sikap..Abah yang aku sayangi kini berubah menjadi seorang yang garang..setelah dewasa aku merasakan aku tidak lagi mengecapi kasih sayang abah..Aku hanya mendapat kasih sayang ibuku yang tercinta sahaja..Ibuku sentiasa ada setiap kali aku perlukan tempat mengadu, belaian kasih sayang..Tetapi Abahku tidak pernah ada setiap kali aku memerlukannya...
Masihku ingat lagi semasa aku berada di rumah semasa cuti semester, abahku pulang ke rumah...Setibanya di rumah abahku memarahi ibuku..Aku merasakan teramat  terkilan..sedih rasanya dengan sikap abah..Setiap kali abah pulang ke rumah abah mesti memarahi ibuku dan juga adik-adikku..kadang-kadang kesian dengan ma kerana sering dimarahi abah..