follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Tuesday, April 30

KEM KAUNSELING

ASSALAMUALAIKUM.W.B.T

pada 19-21 april 2013  aku dan kawan2 BED aku telah mengadakan satu program iaitu kem kaunseling. kem kaunseling ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di KM CHALET, kuala sungai baru, melaka.
kem kaunselin gni sangat2 bez bagi aku dan kengkawn aku..kami sume ada 15 orang pelajar yang join kem kaunseling ini. dan 3 orang pensyarah sebagai pemantau yang selaku fasilitator yang conduct program inii..

aku rasa sangat bez dpt join kem lab tu..dahla dgn suasana kawan yang terapeutik demngan bunyi ombak, angin pantai yang sepoi2 bahasa menyimbah.. memang bez giler lah.. pada 19hb pada pukul 3 petang kami bertolak dari asrama siswi KAYM menuju ke KM CHALET. sesampai je kat sana kami teruskan dengan modul2 kami yang kami laksanakn..modul2 ni ialah modul LDK yang mana setiap orang akan menjadi fasilitator yang akan bertanggungjawab sepenuhnya mengurskan modul2 LDK tersebut. 



Aktivit yang terrrr palinggg kitorang suke ialah aktiviti terapi air..terapi air nih kitorang kena main air laut lah..
untuk keselamatan kami kenalah pakai jaket keselamatan... memang bez giler coz..kami kena mandi air laut..kami bermandi manda secara dalam kumpulan..then, kat terapi air nih ugak..kami kena try berenang..yg mana  takut air pun kena lawan fobia air laut... yang paling syokkk plak.. mana2 kwn kami yg takut air tu mereka jadi brani ntok trun mandi ugak...maybe coz dipaksa oleh pensyarah..n tengok kawn2 yg len rilek je main air..hahaha...
hmmm..lupa nak cite..masa kat pantai nih..kami brmula trun ke laut dari gigi air pantai,,then..pastu pensyarah kami suh kami try ugak turun pergi ke tempat air yang dalam skit..kami jalan dlm kumpulan sl0w..
ombak time tu pun besar ugak..hampir ada kawan2 kami yg lemas..nasib baik ada yg tloong n pakai jaket..aku sendiri pun dah banyak kali ugak tertelan air masin pantai tu..


Sunday, April 28

PIKNIK DENGAN KUAGA TERCINTA KAT PANTAI MELAWI


 ASSALAMUALAIKUM...
hai kawan2 blogger ku sume..maaflah coz skrang aku jarang sangat update entry baru..hehe..
bukannya apa..skrang nih aku makin bz skit dgn preparation ntok siapkn sume xsiment yg berbaki, preparation ntok exam nanti bulan 5 nih n ugak preparation ntok praktikal nanti bulan 6 nih..
hari tu masa aku cuti semester..bile eh tarikh?? xbape ingat plak..hee..sowri..hmm..
masa cuti panjang tu ugak aku n family aku pergi piknik kat pantai melawi bachok..
kitorang pergi tido kat resort kat sana selama 2 hari 1 malam je.. kitorang pergi sana dgn dua buah keta..kami dahla ramai tapi Alhamdulillah nasib baik muat he3..coz dlm kuaga aku sume badan kecik2 je..





 Semasa kat sana aku dpt ugak ilangkn rasa stress aku dgn mngdap  sume nota2 jer..kt sana aku dpt tgok ombak, laut, dgr bunyi desiran pantai yang menenangkn..n mlm tu kami wat berbeku.mkn mlm dgn berbeku..

 then slps je sudah berbeku..dlm kul 1 pagi camtu r..abglong ajak kitorang(aku, haniey, fiza, k.una) pergi cari sotong atau ketam..malam tu..kitorang hepi giler..ye r..mana pernah kitorang kuar pepagi buta pergi lepak tepi pantai then berlari ke sana sini kejar ketam..hehe..suke sgt time tu..dahla sejuk time tu..tapi nyaman..kami pergi dari satu lubang ke satu lubang ntok cari ketam..nk cari ketam dlm lubang pasir bukan senang tau..jgn trsalah pakai tgn plak..kang xpsl2 tangan kena kepit dek ketam..hahaha..hmm..
yang kelakarnya kan..masa abglong jolok lubang pasir pakai kayu tu..suluh pakai torch light tgok ketam tu xde...ketam tu makin lama dye akan korek pasir makin dalam..then xley ugak jmpa.abglong kuis pasir pakai pisau dye..pastu..kami sume trnmpk ketam tu..makin seronok lah kami bile dah dpt tgok ketam tu..then...dpt ugak tangkap ketam tu..tpi sygnya xley mkn ketam tu..abglong lepaskn ketam tu bagi pegi ke laut..


kemudian kami pergi ag ke lubang pasir yang seterus..kami nampak satu lubang pasir besar..agak2 kami mesti ketam kat dalam lubang pasir itu besar ugak coz lubang pasir tu besar..so..abglong korek pasir tu pakai pisau rambo dye....tgok2...abglong korek pasir tu makin lama makin dalam..pastu tgok2..ketam tu dah lari tembus kuar ke lubang satu ag...kami sume..cepat2 lari kejar ketam tu..kami kerumun tu ketam,..sampaikn ketam pening..haha..xtau nak lari mana kot..tapi last2 dye lari ugak mencelah ntra kami..kami takut kena sepit trpksa lah kami lari n bagi laluan kat ketam tu..haha..memang kelakar giler time tu...


 keesokan hari nye plak..kami bangun awal untuk men pantai.. selepas solat subuh..kami sume bersiap2 bekfaz pagi then kami terus meluncur laju pegi ke pantai..ehe...seronok weihh..dpt mandi pantai pagi bebuta nih...almaklum lah..kami bukan stay kt tepi pantai so ni lah kali pertama kami dpt mandi pantai pd waktu pagi cenggini..tapi waktu tu sejuk giler la plak..air dye panas jer..tapi angin time tu mmg sejuk..mengigil aku..








itu jer..yg dpt aku kongsikn dgn korang ntok kali nih..trpksa check out skunk ugak..coz nk kena siapkn xsiment plak..len kali lau ada cite aku share ag kt korang..okey..babye sume..luv u all..


###pssstt...: peribahasa pantai..
* KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI..
(^____^)

GAMBAR SEMASA DI HOTEL GDS KL WIT FAMILY







Sunday, April 21

SEMUA MESTI BACA : " APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH "

ASSALAMUALAIKUM..

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

# Duhai anak . hargailah mereka sementara masih diberi kesempatan , bacaan Al-Fatihah bagi mereka yang telah kembali ke rahmatullah ..

~~ABAH ACIK SAYANG ABAH SANGAT2~

Thursday, April 18

KENALI BENTUK BADAN ANDA

Bentuk tubuh badan anda di waktu ini sebenarnya bergantung pada faktor keturunan, tabiat pemakanan dan aktiviti harian. Pengaruh keturunan memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh yang anda ada sekarang, tetapi, anda masih boleh mengubahnya mengikut bentuk tubuh yang anda inginkan melalui pengetahuan, makanan, senaman yang baik untuk pembentukan dan kesihatannya.
Ramai yang melakukan pembentukan semula melalui senaman kardio dan angkat berat tetapi perlu diingatkan, ianya bukanlah perkara yang mudah maka disarankan anda meminta bantuan professional dan pakar untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul.
JOM kenal pasti jenis bentuk badan anda!

HOURGLASS
Bentuk tubuh : Berada di tengah-tengah di antara pir dan epal. Tidak kurus dan tidak gemuk. Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha kelihatan berotot dan kuat.
Risiko : Berisiko mendapat tiroid. Ini kerana mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi sukar untuk menurunkannya. Mudah diserang tekanan, sukar tidur dan banyak lagi.
Isu sihat : Mudah berasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Ketahuilah setiap kali anda tertekan hati anda akan membebaskan lemak ke saluran darah anda. Cubalah sentiasa untuk hidup riang.
PISANG
Bentuk tubuh : Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk tubuh seperti lelaki (kurus sahaja). Bentuk badan seperti pisang sering dicemburui oleh teman-teman sekeliling.
Risiko : Risiko untuk mendapat penyakit jantung, diabetes dan kanser payudara adalah RENDAH. Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai banyak lemak berbanding otot anda tetap berisiko.
Isu sihat : Mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil akan menggangu proses ovulisasi dan juga kesuburan. Oleh itu, rancang pelan keluarga sebaik anda mencecah 30. Rangka tubuh yang kecil dan tahap BMI yang rendah meningkatkan risiko mendapat penyakit osteoprosis. Jadi perlu bersenam selalu dan banyakkan pengambilan kalsium.
PEAR
Bentuk badan : Bahagian dada kecil dan pinggang ramping. Badan dikatakan seperti duyung. Mempunyai pinggang,punggung dan paha yang agak besar.
Risiko : Lemak bahagian punggung dan paha tidak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan diabetes. Jadi jangan tambah kerisauan pada pasangan yang anda risau tentang saiz punggung yang lebar.
Isu sihat : Dengan lebihan lemak bahagian bawah tubuh anda, bentuk pir ini mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah (varicose vein) dan lebihan air pada buku lali dan kaki. Mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang meningkatkan risiko serangan kanser payudara.
EPAL
Bentuk badan : Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Punggung anda kecil dan kaki langsing.
Risiko : Keseimbangan antara hormon seksual (testosteron dan estrogen) dan hormon tekanan (serotonin dan 'dopamine') mungkin menjadi penyebab terkumpulnya lemak di bahagian pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin terjadi seperti ini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah, terlalu sedikt melakukan aktiviti dan juga mungkin terlalu banyak mengambil alkohol.
Isu kesihatan : Apabila anda mengalami kenaikan berat badan tertumpu kepada bahagian yang merbahaya. Lebihan lemak(visceral) ini terbina di bawah kulit. Jika tidak terkawal mampu meningkatkan kolestrol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian terhadap kolestrol dalam darah, gula darah dan tekanan darah. Tindakan ini mampu mengelakkan risiko penyakit jantung, diabetes dan angin ahmar.




Gyiyomi..juz 4 u dear B.





Wednesday, April 17

PENGALAMAN 4 ARI NEK BAS AKU SESAT

Assalamualaikum..
hye pe khabar sume rakan bloggers??
aku hope korang sume berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dengan izin Allah..
hmm..dah lama kn aku tak update entry kt blog aku nih..blog aku nih pun dah cam berdebu skit dah..nih baru sebulann..haha..xsampai setahun ag..tapi dah berhabuk plak..
kali nih..aku nak share dgn korang pengalaman aku nek bas..
kisahnya camnih..
cuti hujung minggu aku habiskan kat umah kakngah aku kat jerantut.aku start bercuti dari ari jumaat,sabtu,ahad dan isnin. so kira 4 hari lah aku cuti hujung minggu..hmm..lau ikutkan ari isnin tu aku ada klas tapi..coz sempena Hari pengisytiharan Melaka sbgai Bandaraya bersejarah..so kami diberikan cuti ugak lah..
hehe..cuti tu dapat lah aku lempiaskn penat lelah aku dgn study,xsiment, midterm n len2 berkaitan buku kt umah kakngah aku.aku pegi sana dapatlah hilang tension aku mngadap buku je koje..kt sana ugak aku dpt bermain dgn anak sedara aku Ain & Qarlesya. dua anak dara kakngah aku yg comel2 belaka..
aku hepi bile bersama dorang..rindu plak kt dorang nih..huhuu..
hmm..berbalik kpd cite bas aku..actually, time pergi umah kakngah tu tiket bas ada ag..tapi..time aku nak balik ke melaka pada ari isnin tu lak tiket bas xde,ALAMAK!! dah abis upenya.aku buntu giler dah. nk wat pe time tu..coz xprnh aku alami keadaan camtu..isy2..so..aku dpt akal, aku nek bas dari jerantut dan pergi ke temerloh.kononnya moga2 kt sana pun akn ada tiket bas..tapi malangnya..kt sana pun tiket bas nkg ke mlka ttp abis.aku mati idea..so aku gtau b aku sal nih.ksian aku..siap kena mrh ag kat dye coz aku lmbt sgt beli tiket bas..almaklumlah..aku nih pelupa orng nya..huhu..(aku tau lahhh...)so dye suh aku try cari tiket pegi kuantan..tgok kt sana kot2 tiket sana ada ker..so nak tak nak trpaksa lah aku pergi sana ugak..
so aku pegi lah ke sana..smpai je kt sana..tiket bas ke melaka abis ugak..yg ada juz keesokan arinya..
so..aq decide aku beli ugak tiket bas tu,,huhu,, time kt sana..aku terpaksa lah brmlm kt kuantan semalaman..
aku kol b aku ckp kt kuantan..ttiba dye gtau aku yg mak dye tau yg aku dah trsasar sesat..buntu..so mak dye suh aku brmlm je kt umah dye..nk xhendak..aku tidor lah kt sana smlman..nseb bek lahh..Alhamdulillah mak dye sporting abis..spnjng kt sana aku tak rasa kekok pun..kami sume cam dah ngam..dah kenal lama..
hehehe..malu ugak awalnya,..kecut perut pun ada..bapak dye plak polis nmpk cam garang jerr..hehe..tapi muka je garang..hati manyak baikk maa...:) hmm itu dikira sbgai prkenalan singkat antara aku dgn bakal mentua aku..Bakal mak mentua n bapak mentua aku.. InsyaAllah lau ada jodoh aku dgn B aku lah..hehe..
hmmm.. B..lau b ada terbaca sal entry nih..syg minx maaf sgt2..b jgn trasa tau..jgn amik ati hehe..
*syg hrp suatu hari nanti kite akn jadi sebuah kuarga. Amin..Insyaallah klau ada jodoh kite bersama.. Amin..

***** moral kt sini~~~> nak g balik mana2 beli lah tiket awal2..jgn last minit cam aku nih...huhuu..
                              ~~~>rancang perjalanan anda..