follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Friday, September 28

PENcURi

Assalamualaikum w.b.t

napew aku tak seberani cam diri aku b42 ni? b4 ni aku okey je if aku stay sorang2 aku tak takut pun.aku boleh stay malam2 kt umah sorang2.lepak sorang2 time abgjae balik lambat n time akak tak tido kat umah coz tido umah kawan.. skunk nih aku da jadi penakut skit, tiap2 malam dkt umah at melaka nih aku selalu brsikap wspada, alert pada persekitaran, setiap bunyi yang pelik2 aku dgr kt umah ni aku akan jdi peka n dpt ingat.. aku jadi penakut tak keruan bile bunyi2 aneh ni aku dgr..

smlm., aku stay sorang ag kt umah., abgjae balik lambat time 2, pas2 smasa aku sdang enak on9 main lappy aku tetiba aku dengar bunyi menda jatuh kat luar rumah..aku gabra, takut, badan aku tetiba mengigil, kat otak pkiran aku mcm2 menda aku pk..sumenya negatif. dlm at aku "bile agaknya abgjae nak balik nih, lambat ag ke, aku da makin takut da ni" aku tak bley tido sorang2 je dlm umah ni..tungu punya tunggu akhirnya abg aq blik gak..pas2 smasa dye bkk grill pin2 dpn aku trus pegi pgi dkt dye, then tgok kt lua menda apa yg jatuh tdi.upa2nya juz..........................................

aku takut sgt lau menda yg kita xnk blaku kt umah sewa aku nih..tambahan pula, rumah sewa yg aku dok ni prnh ada orang masuk,@ pencuri masuk.dulu2, makcik jiran sbelah prnh cite kt kami yg b4 kitorang stay sini prnh blaku pristiwa yg mana student utem yg stay umah ni  dimasuki pencuri,..abis sume bhn brharga diorang cam laptop,hanfon n mcm2 ag kena amik dek pencuri 2..n time kitorang stay umah ni gak prnh blaku kecurian gak..brng2 kami ada yg kena amik dek pencuri 2..so aku kena slalu brjaga2.umah ni wlaupun kite lock dgn baik camana pun pencuri pndai gak masuk n rosakkn lock 2..
dkt kelantan plak blaku kecurian yg mana laptop abah aku ilang kena curi, pencuri 2 plak pandai, dye amik ikut cermin nako dkt bilik kami adik bradik ppuan.coz laptop 2 time 2 dok dkt dgn cermin nako 2..so pencuri amik mlalui cermin 2..then kt umah jiran aku mak yah., 7 pasang kain batik jawa dicuri.. so skunk orang kg kt kg aku 2 tgh brjaga2 wspada salu.. nk kejar n cari pencuri 2 tpi malangnya tak tau sapa yg wat keje mencuri 2..

Kadangkala, walaupun kita waspada camana skalipun, perkara yag kita tak jangkakan 
2lah gak yang blaku.Nauzubillahminzalik..
lau bley memangla xnk menda ni blaku kt kite, so aku pun berharap sgt yg yang diri
 kitorang dijauhkan dri menda ni oleh Allah s.w.t.
salu mohon pada Allah supaya dilindungi Allah dari bencana2 yg camni..

Thursday, September 27

FIKIR 2

Assalamualaikum..w.b.t
salam ramadhan.
Bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan..Alhamdulillah yuka bersyukur sangat kerana masih berkesempatan untuk menikmati bulan ramadhan pada tahun 2012 ini..dalam bulan ramadhan insyaallah kita sama-sama pertingkatkan segala amalan kita bagi mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..

korank da baca betul2 lum apa yang ada tertulis dkt

.TAKDIR CINTA (;-)

 
boy : awk...maafkan sy.. 
     girl : yeee...sy maafkan awk...
girl : ye....kenapa awk minta maaf?
     boy: sbb sy dah tinggalkan awk..sy dah sakitkan hati awk...
sy korbankan cinta awk demi cinta org yg    
lukakan hati sy dulu...maafkan sy...please...
     girl : :)
     boy : kenapa awk senyum...kenapa diam je... awk maafkan sy?
     boy: betul?
     girl : betul...dh lama dh sy maafkan awk...tapi...
     boy : tapi ape?
     girl : tapi....tidak mungkin sy menerima awk lagi... 
            sebab semalam awk tinggalkan sy tanpa kasihan..
            tanpa  mempedulikan sy...
            tanpa menghargai hati sy...
            demi org yg awk cintai... 
            dulu...sy pernah ubati luka awk..
           .sy rawat awk...
            sy beri cinta dan kasih syg sy unt awk..
            sampailah awk sembuh.
           lepas tu...awk dah kembali ceria...
            tapi "virus" itu dtg lagi.....
           .awk buang ubat awk..
.           awk rela diserang    
            virus tu lg...
           sekarang....
            awk sakit lg.....
           dan hari ni awk mula memerlukan ubat itu...
           awk igt x..
          .awk dh buang ubat tu...
           dan x mungkin awk akn mjumpai ubat y same...
           carilah ubat lain...
           kerana x mustahil jika awk sembuh lg dengan ubat y same..
.          awk akan buang lg ubat tu... ;')
          boy: awk....
        girl : itulah namanya...TAKDIR CINTA... assalamualaikum.... :)
 
 
 
 

NILAI HANTARAN MENGIKUT TARAF AKADEMIK



Musim cuti sekolah sudah pun bermula. Pastinya ramai di antara kita menerima banyak undangan ke majlis perkahwinan tidak kiralah dari sahabat handai mahu pun saudara-mara sendiri.
Bercakap mengenai perkahwinan, perkara pertama yang akan didahulukan atau dititik beratkan sebelum merancang majlis perkahwinan adalah penetapan nilai wang hantaran.
Kalau dahulu, nilai wang hantaran ditetapkan mengikut kemampuan pihak lelaki asalkan tidak rasa terbeban untuk menyediakannya kepada pihak perempuan.
Namun, di zaman sekarang, semuanya nyata terlalu berbeza.
Sejajar dengan perubahan masa dan taraf pendidikan, ibu bapa sekarang ini sudah ‘berani’ meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi kepada bakal menantu lelaki sekiranya ingin menikahi anak perempuan mereka.
Sekarang ini juga, kajian mengenai penetapan nilai wang hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan mengikut taraf akademik juga dibuat di laman Facebook. Antara nilainya:
  • -    UPSR & PMR : RM2,000 – RM4,000
  • -    SPM : RM4,000 –  RM8,000
  • -    STPM & DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
  • -    IJAZAH : RM12,000 – RM15,000
  • -    IJAZAH SARJANA : RM15,000 – RM20,000
  • -    IJAZAH KEDOKTORAN : RM20,000 – RM30,000





Sekiranya pihak lelaki sendiri mempunyai kemampuan dan simpanan wang yang sangat kukuh, tiada salahnya untuk meminta nilai wang hantaran yang tinggi. Tiada salah juga kalau ingin mengadakan majlis resepsi yang ‘grand’, memakai pakaian yang mahal dan dihiasi dengan pelbagai barangan kemas.
Tetapi, bagaimana pula kalau permintaan nilai wang hantaran yang tinggi tidak dapat dipenuhi oleh pihak lelaki? Mampukah untuk pihak lelaki menyediakannya?
Sebenarnya, di dalam Islam sendiri, isu mengenai perkahwinan itu terlalu mudah. Perkara yang wajib yang perlu dipenuhi adalah pemberian Mas Kahwin atau Mahar, manakala pemberian wang hantaran adalah adat semata-mata.
Hantaran hanyalah tradisi atau adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada satu dalil pun di dalam Al-Quran mahu pun As-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian wang hantaran untuk pengantin wanita.
Tidak ada apa yang dikenali kini dalam Islam dengan hantaran. Jauh sekali istilah serba satu, serba dua, belanja hangus dan macam-macam istilah yang hanya memeningkan kepala pengantin lelaki sahaja.
Yang wajib adalah tetap pemberian mas kahwin. Mas kahwin boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan  dari Al-Quran.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” – An-Nisaa’; 4.
Sabda Rasulullah S.A.W pula yang bermaksud, “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.” HR Al-Baihaqi.
Tetapi, ramai di kalangan kita takut untuk tidak mempunyai perkahwinan yang tidak ‘meriah’ dan ‘menarik’. Antara sebab yang dirisaukan adalah risau dengan cakap-cakap masyarakat sekeliling, malu dengan permintaan hantaran yang rendah, atau pun menjaga status serta mempunyai perasaan ingin bersaing dengan orang lain.
Walhal, mengadakan walimah atau majlis sambutan adalah untuk menghebahkan kepada umum mengenai satu ikatan yang sah sudah dijalinkan selain ingin mengukuhkan silaturrahim dengan semua pihak.
Apakah dengan meminta wang hantaran yang tinggi akan menjaminkan majlis yang sempurna? Tidak akan turunkah hujan ketika persandingan dilangsungkan? Atau, apakah semua tetamu akan hadir sekiranya majlis yang ‘grand’ dijalankan?
Perlu diingatkan, Islam itu terlalu mudah. Cuma, masyarakat kita yang suka menyusahkan diri dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Akhirnya, perkahwinan yang masih awal dibebani dengan masalah hutang yang menimbun.
Jadi, perbelanjaan untuk menguruskan perkahwinan itu tidak perlulah terlalu mengikut nafsu sehingga membawa kepada pembaziran. Menguruskan perkahwinan juga boleh digunakan dengan prinsip berbelanja mengikut kemampuan.
Meletakkan nilai hantaran yang tinggi sebagai tanda ukuran hebatnya seseorang gadis itu belum menjaminkan dirinya adalah terbaik untuk menjadi isteri yang solehah. Nilai wang yang tinggi belum tentu juga si isteri dapat membantu suaminya merentasi titian Siratul Mustaqim di akhirat kelak.
Justeru itu, perbincangan yang baik perlu dijalankan secara hemah antara pasangan agar Baiti Jannati dapat didirikan dengan sempurna di atas dunia yang sementara ini. Wallahualam.

Oleh: NAIMAH SHAARI

ag tinggi taraf akademik seseorang ag tinggilah nilai hantaran diorang..so taraf akademik aku sampai sekarang ni juz ijazah je..so nilai hantaran dari rm12ribu -rm15ribu..
fuhh..ksian bakal suami aku kalau dye kena bg wang hantaran pada aku ikut yg kt atas ni.fuhh..ni da dikira cam jual anak daa..xmo aku t dianggap parent aku jual anak plak..yup memanglah selepas kawen si isteri kena ikut suamitpi  i2 tidak bermakna hubungan pertalian darah antara si siisteri dengan kuarga dye terputus sebegitu rupa je..


“Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” HR Ibn Hibban.



but bgi aku, aku tak kisah la bakal suami aku tu nak bagi bape pun yang penting  kami  kahwin..kerana kawen umpama membina sebuah masjid. ^^

Wednesday, September 26

Nasional Tuntut pelajar lebih matang






Putrajaya: Pindaan undang-undang yang membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebenarnya menuntut mahasiswa bersikap matang bagi membuktikan mereka bersedia menggunakan kebebasan itu tanpa menjejaskan pengajian. Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan mahasiswa supaya bijak berfikir dan bertindak secara rasional tanpa dipengaruhi emosi yang akhirnya merugikan diri sendiri. “Ia (terbabit dalam politik) bukan alasan untuk mengabaikan pengajian. Graduan perlu bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk serta berfikir dan bertindak secara rasional tanpa mengikut emosi ketika melakukan sesuatu perkara. Graduan perlu bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk serta berfikir dan bertindak secara rasional” - Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO Faktor keseimbangan “Generasi muda perlukan faktor keseimbangan bagi menentukan kestabilan dan keselamatan. Faktor politik, ekonomi, pendidikan dan keadilan sosial memainkan peranan penting dalam usaha ke arah itu,” katanya. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Timbalannya, Datuk Hasan Malek pada Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Ke-11, di sini semalam. Turut hadir Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
sumber :berita harianonline.



Tuesday, September 25

ENAM PERKARA YANG ALLAH S.W.T.SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: ‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’ Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’ Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’ Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’
 Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’ Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: ‘Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ‘
 Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .’
 Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
 1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
 2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
 5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

IKAT PERUT KERANA BUKU??

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

petang kelmarin aku ada kelas ntok sebjek social change in society.mula2 masuk memang bez.lecturer zurinah plak Alhamdulillah baik sangat. cara dye bercakap memang lembut sangat..kelas 2 kitorang juzz bincang sal assignment yang kitorang nk kena wat n juz sesi berkenalan dgn lecturer kami je..kelas 2 berlangsung selama 2 jam dari kul 5ptg -7ptg. kitorang ok epi je smasa klas pn zurinah ni coz dye pndai amik at kitorang, pandai ckp, so friendly lah..

at the end of the klas.,,dye kluarkan 2 biji buku. satu tajuk dye "the helping relationship" n satu ag xpasti tajuk dye apa coz xnampak sgt tulisan kt buku 2.kecik sgt.dye gtau kitorang buku yg dye beli 2 harga dye rm300 ntok satu biji manakala 1 biji lagi harga dye rm400...fuhhh...mahal nak mampus buku 2..dye kata buku 2 mahal sebab from america.ditempah dri amerika n buku 2 mmg susah nk dpt.so kena booking awal2..

dye tlh mewajibkan  kitorang sume ntok beli buku 2..n dye kata ag senior2 kitorang aka ex student dye sume nya beli buku ni.n dye mewajibkan sume student dye beli buku 2..kwaiting2 laztlty.dye letak hrga rm75 ntok student katanya...fuhhh..even murah skit buku 2 than harga asal but aku nak cekau katne ag duit sebanyak  2..mmg hampeh la,..coz duit aku yang parent bagi juz cukup2 mkn je..n stahu aku aku taklah boros sangat kat sini.coz aku sedar yang aku datang dari kluarga yang xbrada sgt.but aku hepi ada family yg penyayang..
opppss..bab buku tersasar lakk..hehee..

sori..>.<
ermm..than lecturer aku 2 cakap kitorang spatutnya ikat perut ntok beli buku.jangan asyik pk ntok mkn je..dapat duit skit blanjakan ntok mkn je..lau ntok buku plak xsanggup nak beli..hmm..kitorang sume diam je..dgr je dye cite..dye kata ag dye dulu prnh masa blaja dkt u sama cam kitorang dye sanggup ikat perut smata2 nak kumpul duit ntok beli buku 2.dye pun dtg dri kuaga miskin gak.so trpksala ikat perut.dye sanggup wat sume 2 coz nk kejar ilmu n buku ni lau kita beli kita akn lebiy mnhrgai dye.kita akn ase lain je..

hhmmm..kitorang ada minx dgn puan 2 ntok pinjam buku 2 nk copy tapi dye xbgi lau ntok copy coz bgi dye..buku 2.HAK REKA CIPTA TERPELIHARA. so mknanya x;ey copy.
kami buntu,xtau nak wat cane..dye mewajibkan kami beli buku 2..
sanggup ke kami ikat perut kerana buku??


Monday, September 24

13 PERKARA YANG WANITA ISLAM HARUS JAGA




1. Bulu kening.
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada.
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi.
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan.
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata.
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW;
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian.
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut.
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 Sumber: CahayaIslam.net

Sunday, September 23

FIKIRLAH 1..>,^


GAMBAR MAJLIS TUNANG ABGCIK 22.8.2012

hONEy & PiJjA
HoNeY & DiKNa ^^

It's Me >.<

>Acik & AbgWiE <

>.< Achik, PiJjA & AnGaH>.<

yg tgh ni KaK NuruL ^^


Pasangan BerTuNaNg:Una <3 Zam & Bakal mak mentua masing2 ..^-^

Gambar BerSama Adik2ku & Una :)

Wednesday, September 19

MENGELUH,,SEDIH,SABAR,TABAH^^

Assalamualaiku w.b.t

 sebenarnya kite sebagai orang muslim tidak seharusnya mengeluh dengan setiap masalah yang melanda kite...kerana setiap masalah @ apa saja yang menimpa kite maybe ada hikmahnya..dan ianya juga merupakan ujian yang Allah s.w.t berikan kpd kite ntok uji tahap kesabaran kite..tapai aq..aq terlalu lemah..tidak kuat dengan ujian yang menimpa aq..kalau boley mmg aq xnk sggttt....mengeluh tapi..aq xdpt kawl emosi aq..aq slalu sgt suke mngeluh krna bgi aq..apabila aq mngeluh msalah aq akan pulih.yupp..maybee..

aq cuba bersabar dgn masalah yg mnimpa aq..lau boley aq mmg xnk orng lain tau yg aq ada masalah tpi..aq kawal camana skali pun..kadang2 orng lain akan tau ugak.,.samada drp orng lain @pun aq sndri yg secara xsengaja trluah..yuupp..bile kite terlampau sediyyy sangatt..kadang2..air mata kite akn kuar dgn sndri..cengeng pun cengeng..
hhmm..alamakk..da trlambat nkg kelas petang..t kite sambung ag..ok..babye..assalam..
.   

Thursday, September 13

LUPUTKANLAH


Moral Eksiden 9 keta


    Assalamualaikum W.B.T

Detik 30 Ramadan Bersamaan 25 Aug 2012, 2.30 Pm

 Sehari sebelum raya malang tidak berbau telah menimpa aku dan adikku haniey..waktu itu kami dalam perjalanan dari umah Along, Manek Urai menuju ke Kuala Krai. aku memandu motosikal demax itamku manakala adikku haniey yang membonceng dari belakang. Jalan raya pada waktu itu memang agak sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. hal ini kerana masing-masing berebut-rebut hendak menuju pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.cuaca pada hari itu pula agak mendung seperti tidak mengizinkan aku pergi ke Bandar Kuala Krai. pada mulanya aku tidak ingin pergi tapi memikirkan kasut Along yang belum ditampal, jeans Abgcik belum ditukar saiz, barang2 ntok membuat biskut raya belum dibeli.. ku tekad lakukan juga. ku pergi juga ke bandar ntok family ku yang tercinta.semasa di umah ma, lata rek, ma dah melarang aku pergi ke bandar tapi ku nekad pergi juga. kerana bagi aku,aku bukan seorang yang mungkir janji,pabila ku berjanji harus bagi aku ntok tunaikan janji yang telah aku buat itu. 

berbalik kepada kemalangan aku tersebut.
pada waktu itu aku dan haniey menaiki motosikal demaxku dari manek urai menuju ke bandar kuala krai.
Cuaca pada hari itu agak mendung..angin agak kuat cuba memaksa aku ntok patah balik pulang ke umah semula.namun, ku tidak hiraukan. aku tidak mungkin berundur lagi pun jarak ntara umahku dengan bandar boleh dikatakan sudah d pertengahan. jarak ke bandar kuala krai dah makin menghampiri kerana waktu itu aku sudah pun berada di jalan kg pahi. jadi ku teruskan juga perjalanan ku. jalan pada waktu itu agak sesak dengan kenderaan orang ramai yang hendak pulang beraya ke destinasi masing2..jadi aku pandu motosikal pada waktu itu pada kelajuan normal sahaja.

sesampai sahaja di jalan kg Pahi berdekatan dengan pusat JPAM aku lihat ada kemalangan telah berlaku di situ.kaca cermin kereta bertaburan di atas jalan raya. di pinggir jalan sebelah kiri ku lihat sebuah kereta terdampar. mungkin kereta yang kemalangan itu agaknya.fikir aku..keadaan jalan raya yang kaca bertaburan itu menakutkan aku,.aku cuba memperlahankan motosikal ku.BANGGG... tetapi malangnya.. kereta dari arah belakangku melanggar motosikalku, pada waktu itu aku cuba mengelak supaya tidak terkena kereta depan..aku menekan brek motosikal ku depan dan belakang sekuat hati ku..BANGGGG....aku tidak dapat mengawal motosikal ku lagi..tiba2 aku terdengar bunyi pelanggaran kereta itu yang kuat...keadaan persekitaranku pula menjadi gelap..
sedar2 aku sudah terlibat dalam kemalangan itu.aku berada di bahu jalan di atas rumput aku terduduk kaku.terpana. aku terdengar bunyi bising suara ramai orang..aku segera tersedar bahawa aku bukan keseorangan.lalu aku cari adikku haniey yang menaiki motosikal yang aku pandu..Ya Allah.. haniey adikku berada di atas jalan raya. aku cuba kejutkan haniey..aku hampir menangis pada waktu itu. aku sayang adik aku. aku tidak mahu apa2 yang buruk berlaku pada dia. Ya Allah..di fikiran ku bermacam2 kemungkinan yang aku fikirkan..haniey tidak sedarkan diri. Aku cuba kejutkan dia. Alhamdulillah akhirnya  haniey sedarkan diri juga. Dia terkejut melihat keadaan sekeliling. Banyak kereta yang berhenti di bahu jalan..dia lihat mulut aku berdarah. Darah menitik tidak henti2 keluar dari mulut aku...dagu aku juga turut luka. Ku cuba raba poket jeans belah kiri ku.ku ambil tisu lalu lapkan darah yang keluar dari dagu aku. Aku lihat tudung aku berlumuran darah.. baju aku dan jeans aku..
aku cuba cari telefon aku tapi aku tidak jumpa. Lalu ku suruh adikku haniey menghubungi along di manek urai.beberapa minit kemudian ambulans jpam datang mengambil aku dan haniey lalu membawa kami ke hospital kuala krai..
Alhamdulillah aku bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana aku dan haniey selamat dari kemalangan tersebut..aku Cuma luka2 ringan dan bengkak2 badan manakala haniey bengkak2 badan.. pabila ku ingatkan kembali aku merasakan sungguh ngeri. Tak ku sangkakan aku terselamat. Bayangkan saja kami kemalangan dengan 9 buah kereta. Ini merupakan satu keajaiban ntok kami. Ramai saudara mara kami yang datang melawat kami mengatakan bahawa mereka sangat terkejut apabila mendegar bahawa kami terlibat dalam kemalangan 9 buah kereta. Mungkin mereka ingatkan bahawa penunggang motosikal tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.