follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Friday, June 14

SMK AYER KEROH..CERRR 1..




Assalamualaikum w.b.t

minggu ni (10/6/2013-14/6/2013) minggu aku start praktikal dekat sekolah SMK Ayer Keroh..
bermacam-macam pengalaman dapat aku timba sepanjang dekat sekolah itu..
pada hari pertama aku masuk jejakkan kaki ke sekolah tu..kat minda aku macam2 perasaaan timbul..rasa takut warga SMK Ayer Keroh boleh ke terima aku??  rasa gembira..coz aku merasakan mungkin aku akan gembira sangat sebab dapat menabur bakti aku sebagai guru di sekolah ni..pengalaman pertama kali aku jadi cikgu..then rasa teruja sangat2..teruja dengan warga SMK Ayer Keroh yang bermacam-macam perangai aku jumpa..pada hari pertama aku tiba di smk ayer keroh ini aku segera ke pejabat sekolah untuk melaporkan diri kepada pihak pentadbir sekolah..kemudian turut serta ke perhimpunan rasmi.semasa di perhimpunan rasmi tersebut aku dan kak hana yang merupakan guru praktikal telah dipanggil oleh guru yang bertugas untuk perkenalkan diri kepada semua warga smk ayer keroh..selesai saja perhimpunan aku dapat relief di bilik gerakan atau pun orang panggil bilik mesyuarat..di sana aku bertugas memantau pelajar2 yang berada dalam bilik gerakan tersebut yang sedang mengambil peperiksaaan masing2..
kemudian sepanjang minggu ini juga aku diberi tugas oleh GPK1 untuk membuat kertas kerja mengenai Program Guru Muda. seterusnya pada hari khamis bermesyuarat bersama kesemua guru SMK Ayer Keroh
di bilik mesyuarat..pada pagi jumaat ada Sambutan Israq Mikraj manakala selepas sambutan Israq Mikraq aku di tugaskan menjaga pendaftaran pelajar untuk program "Dengan  Inovasi Yo" yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama DIY.
Alhamdulillah makin lama aku makin dapat sesuaikan diri dengan keadaan dan suasana sepanjang aku berada di smk ayer keroh..tiap2 hari jumpa pelajar lalu lalang di beranda dan diorang macam hormat aku sebgagai guru kat situ dan ada yang bagi salam dan senyum..setiap kali mereke panggil aku cikgu aku merasakan sangat teruja dan gembira dengan panggilan tersebut..mungkin aku dah jatuh hati kot dengan bidang perguruan nih kot..hehe..Insya Allah..mohon kawan2 semua doakan aku tetapkan pendirian aku untuk terus minat dalam bidang perguruan ini..Amin....
hmmm...aku rasa dah cukup kot aku ceritakan untuk kali ini tentang pengalaman pertama aku di sekolah SMK AYER KEROH.InsyaAllah tiap2 minggu aku akan ceritakan lagi pada masa di lain hari di lain kali..babye....



1 comment:

  1. wahhh cikgu yuka la ni.. hehee.. selamat berpraktikal yea :)

    ReplyDelete