1.
Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya
berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan
terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang
yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan
berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2.
Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang
berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3.
Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki
sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat
dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan
hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli
dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin
lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia,
dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4.
Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini
biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun
pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah
kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman
luas.
5.
Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya
yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai
perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini,
banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6.
Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan
sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang
pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan
sifat-sifat romantiknya.
7.
Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki,
badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat
lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi,
jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga
perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air
mata.
Panduan ini bukanlah semata mata
hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita
wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan
bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment