follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Saturday, December 31

CETUSKAN KEAZAMAN ANDA SEMPENA TAON BARU 2012

keazaman merupakan suatu kehendak dalaman ke arah mencapai sesuatu yang diingini.Walaupun ia kelihatan mudah dan kebanyakan sesiapa pun sudah mempunyai keazaman tetapo kemungkinan hanya sekadar terpendam di lubuk hati tanpa menjadikannya suatu realiti.
kenapa kita perlu ada keazaman di dalam diri kita?? Apabila seseorang itu berazam ia sebenarnya sedang melalui proses pengumpulan tenaga yang akan membina kekuatan dalaman. Kekuatan dalaman inilah yang dipanggil semangat yang akan menjadi pendorong dan penggerak tindakan yang akan dijelmakan melalui kekuatan fizikal.

Sebagai contoh apabila kita berazam mendapatkan sesuatu yang menarik, kekuatan yang ada pada diri kita akan menjadikan kita seolah2 tidak sabar lagi untuk mendapatkannya..Kemungkinan kita semalam tidak boleh tidur memikirkannya walaupun sebelum dari itu kita merasakan teramat mengantok serta nak tidur awal.Inilah yang dikatakan tenaga dalaman yang mampu membina kekuatan kepada minda dan anggota fizikal.Ini bermakna seseorang yang kelihatan lemah dan tidak minat untuk belajar, kerap bosan adalah orang yang lemah dari segi kekuatan dalaman yang tidak mampu menggerakkan anggota fizikalnya untuk bertindak.Mereka ini sudah pasti tidak mempunya matlamat yang jelas,cita2 serta tidak ada keazaman diri.

setiap keazaman perlulah disusuli dengan tindakan agar dapat dimanfaatkan pada diri kita..untuk mengelakkan keazaman menjadi hanya angan2 seperti angan2 Mat Jenin, maka keazaman itu haruslah mempunya ciri2 berikut:

  • penumpukan keazaman
    • keazaman seharusnya ditumpukan pada sesuatu yang spesifik.Tanya pada diri kita apa yang kita inginkan pada tahun baru ini secara jelas dan terperinci sehingga kita faham hala tuju keazaman kita.ellakkan keazaman yang bersifat samar2 @ tidak menetu(yg sentiasa brubah2 kerana ini akan menyukarkn pelaksanaannya nanti.
  •  boleh dilaksanakan
    • biarlah keazaman itu tidak mustahil untuk dilakukan.Oleh itu keazaman yg kita ingini itu perlulah sepadan dengan kemampuan serta dapat dilaksanakan secara progresif.
  • mempunyai perancangan
    • perancangan adalah penting kerana ia menjadikan penggerak tindakan yang akan dilakukan.Perancangan adalah berbentuk jadual pengurusan masa, perlaksanaan.sumber@coretan refleksi yang mencatatkan tahap pencapaian@kemajuan tindakan yg akan dilakukanndari semasa ke semasa.
  • disiplin diri

    • kesabaran,pengorbanan dan ketelusan merupakan aspek disiplin diri yang harus diaplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam melaksanakan segala keazaman yang kita ingin dicapai.segala bentuk amalan yang menimbulkan keselesaan dan keseronokan menjejas keazaman kita haruslah dikorbankan.
ketekalan dalam melaksanakannya secara berterusan serta kesabaran menunggu kejayaan hasil daripada usaha yang dilakukan merupakan faktor yang penting demi untuk mengelakkan diri kita daripada merasa bosan @ berputus asa.sesungguhnya keazaman itu haruslah ada pada diri kita agar semangat dalaman akan sentiasa membara di jiwa ke arah pengumpulan kekuatan dalaman serta membentuk tindakan yang berfaedah untuk memberi kesempurnaan  dalam kehidupan kita..


No comments:

Post a Comment