follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Tuesday, December 10

LELAKI TERTUA DI DUNIA BERUSIA 160 TAHUN

ASSALAMUALAIKUM.

apa khabar semua rakan blogger?? harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya disamping orang tersayang.
kali ini aku nak share pada korang semua tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai TOK AYAH atau nama sebenar beliau ialah Mohamed Soleh Ali.
 
agak-agak korang pernah tak dengar kisah TOK AYAH ini. beliau merupakan lelaki tertua di dunia dengan umur beliau 160 tahun.Penglihatan beliau masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya juga  masih yang asal. Walaupun umur TOK AYAH sudah mengjangkau 160 tahun tapi siapa sangka dengan umurnya itu beliau masih mampu lagi berjalan kaki jauh berbatu-batu.
 nak percaya ke tak. wallahualam.terpulang kepada rakan blogger.
cerita TOK AYAH melalui pengalaman beliau semasa zaman penjajahan JEPUN  di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan. Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.berbeza dengan sesetengah generasi sekarang kalau di tanya soal sejarah lampau pasti ada yang tidak dapat menjawab.

Wajahnya TOK AYAH  tidak berkedut seperti warga emas lain. Tok Ayah memberitahu ketika zaman penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak. Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.
jom kita ikuti kisah TOK AYAH di bawah yg aku ambik dari sumber SINI .

Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.
Stapa Ismail, 61 ahli keluarga Tok Ayah berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.
“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya dipetik HarakahDaily.
Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.
Beritahu Stapa lagi, paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.
“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.
“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.



YA ALLAH ENGKAU BERKATILAH TOK AYAH.PERMUDAHKANLAH SETIAP URUSAN BELIAU.AMIN..AMIN..AMIN.. YA ROBBALALAMIN..

2 comments: