follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Thursday, November 14

BANGSAKU MALAS.


Bangsaku amat MALAS. Membuat lebih dari satu kerja dianggap beban. Dikata "buat apa kerja macam nak mati", sedangkan angan-angan besar, nak kereta besar, rumah besar, duit berjuta, gajet high tech beribu, kahwin ala wedding of the year, melancong ke luar negara, makan di hotel setiap hari, dan macam-macam lagi angan-angan yang dicitakan. Soalnya adakah orang lain seperti kita? Lihatlah bangsaku, berapa ramai yang menyokong bangsa sendiri? Kenapa ada perasaan dengki hati? Kenapa kita tak boleh berbaik dan bersaing secara sihat dengan pesaing perniagaan dan pekerjaan kita? Kenapa mahu menindas dan mahu memburukkan sesama kita?

Lihat "mereka", saudaraku. Mereka kuat dengan persatuan mereka, mereka senada dalam kepelbagaian parti politik mereka, mereka membantu dalam corak perniagaan mereka. Tetapi kita? Lihat cara mereka memboikot produk kita, lihat cara mereka mensabotaj penjualan produk kita, lihat bagaimana mereka mengasingkan produk kita, lihatlah saudara dengan hati nurani seorang yang berjiwa besar. Bagaimana boleh mereka kekal kuat? Kerana mereka BERSATU, mereka MENDERMA, mereka MELABUR, mereka MEMBELI, hampir semuanya demi kepentingan mereka. Bagaimana kita? Berharapkan subsidi? Dimana pelaburan kita? Dimana kekuatan persatuan perniagaan kita? Dimana suara padu agenda bangsa dan agama kita melalui saluran politik bangsa kita?

Adakah kita mahu menyalahkan orang lain jika kita tertipu memboikot, menjatuhkan, dan memalukan bangsa kita sendiri? Orang kita masih buta, masih berkokok bagai anjing menyalak bukit, masih tak sedar kemampuan bangsa sendiri. Sedarlah, mereka pernah mahu menjajah kita. Ingatlah, golongan Nasrani, Yahudi, dan Majusi ( Kafir Harbi ) tidak akan senang dengan nikmat yang kamu perolehi selama ini. Fahamilah agenda bangsa dan negara. Cakap itu mudah, tetapi melaksana itu banyak ranjau cabarannya. Bersatulah saudaraku..

copy & paste from--> FB SAUDARA MUHAMMAD KHALID


RUMUSANNYA..
bagi aku apa yang dikatakan saudara ini memang ada betulnya. kalau kita lihat bangsa kita sendiri melayu memang malas. aku sendiri pun tak dinafikan ada sifat malas jugak dalam diri. itu satu kelemahan dalam diri kita menyebabkan kita tak mampu nak bergerak maju seiring bangsa lain.  kelemahan MALAS itu perlu kita ubah ke RAJIN. kat bawah ni ada 1 doa aku bagi untuk korang semua doa untuk menghindari rasa malas ni. cuba amati dan amalkan. mudah-mudahan dengan baca doa ini kita mampu kurangkan rasa malas kita tu. InsyaAllah dengan izin Allah.



No comments:

Post a Comment