follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Tuesday, July 2

Dunia Bagaikan Terhenti...part 1

Assalamualaikum..

pada tarikh ke berapa entah dalam bulan 6 yang lepas..aku tekad, yakin kan diri aku..beranikan diri aku untuk pergi buat medikal check up kat klinik peringgit melaka. pada mulanya aku memang tak nak pergi..tapi bile difikirkan smpai bila aku nak terus tertanya-tanya sampai macam ini...sampai bila aku nak stay tanpa tahu punca aku jadi camtu..punca segala penyakit aku..penyakit yang aku selalu bawak..dan aku sedari yang terdapat tanda-tanda penyakit tersebut sewaktu aku berumur 17 tahun lagi..tapi pada waktu itu aku belum ada keberanian..aku masih mentah tak tau apa-apa pasal bahayanya penyakit yang aku alami tersebut..

sekarang..aku telah dewasa..umur aku telah menginjak 23 tahun..aku beranikan diri untuk buat medical checkup..semua ini atas dorongan mak aku dan bbf yang aku paling sayang..mereka berduai ini lah yang menjadi penguat semangat aku..diorang sentiasa sokong aku..bagi semangat untuk aku pergi buat medical checkup...demi diorang aku tekad pergi..
selepas itu, semasa aku pergi buat medical checkup..doktor sahkan yang aku mendapat ketulan cancer..
ketulan tersebut belum dapat dipastikan lagi samada betul2 kanser atau pun just penyakit biasa..akibat urat, darah beku or anything else..
semalam..tarikh 1.7.2013 aku pergi ke hospital Melaka.. semasa kat sana, dr sekali lagi check ketulan kecil yang terdapat pada badan aku tersebut..semasa dia check aku..dapat nampak reaksi muka dia.yang serius..macam sedikit bimbang..tetiba mungkin bimbang sal ketulan aku tu..aku jadi sebak tetiba..hampir nak menangis tapi aku tahankan air mata aku supaya tak keluar..
selepas dr permpuan itu check..dia suruh aku wait kejap kat luar..nanti aku kena masuk bilik dia balik untuk ambil sel tisu ketulan tersebut dan aku juga akan kena suntik..
beberapa minit kemudian....

No comments:

Post a Comment