Bentuk tubuh badan anda di waktu ini sebenarnya bergantung pada faktor
keturunan, tabiat pemakanan dan aktiviti harian. Pengaruh keturunan
memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh yang anda ada
sekarang, tetapi, anda masih boleh mengubahnya mengikut bentuk tubuh
yang anda inginkan melalui pengetahuan, makanan, senaman yang baik untuk
pembentukan dan kesihatannya.
Ramai yang melakukan pembentukan semula melalui senaman kardio dan
angkat berat tetapi perlu diingatkan, ianya bukanlah perkara yang mudah
maka disarankan anda meminta bantuan professional dan pakar untuk
memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul.
JOM kenal pasti jenis bentuk badan anda!

HOURGLASS
Bentuk tubuh : Berada di tengah-tengah di antara pir dan epal. Tidak
kurus dan tidak gemuk. Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar.
Jika anda cergas, lengan dan paha kelihatan berotot dan kuat.
Risiko : Berisiko mendapat tiroid. Ini kerana mudah mengalami
peningkatan berat badan tetapi sukar untuk menurunkannya. Mudah diserang
tekanan, sukar tidur dan banyak lagi.
Isu sihat : Mudah berasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk
bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko
penyakit jantung selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda.
Ketahuilah setiap kali anda tertekan hati anda akan membebaskan lemak ke
saluran darah anda. Cubalah sentiasa untuk hidup riang.
PISANG
Bentuk tubuh : Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan
bentuk tubuh seperti lelaki (kurus sahaja). Bentuk badan seperti pisang
sering dicemburui oleh teman-teman sekeliling.
Risiko : Risiko untuk mendapat penyakit jantung, diabetes dan kanser
payudara adalah RENDAH. Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai
banyak lemak berbanding otot anda tetap berisiko.
Isu sihat : Mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil akan
menggangu proses ovulisasi dan juga kesuburan. Oleh itu, rancang pelan
keluarga sebaik anda mencecah 30. Rangka tubuh yang kecil dan tahap BMI
yang rendah meningkatkan risiko mendapat penyakit osteoprosis. Jadi
perlu bersenam selalu dan banyakkan pengambilan kalsium.
PEAR
Bentuk badan : Bahagian dada kecil dan pinggang ramping. Badan dikatakan
seperti duyung. Mempunyai pinggang,punggung dan paha yang agak besar.
Risiko : Lemak bahagian punggung dan paha tidak akan meningkatkan risiko
penyakit jantung, angin ahmar dan diabetes. Jadi jangan tambah
kerisauan pada pasangan yang anda risau tentang saiz punggung yang
lebar.
Isu sihat : Dengan lebihan lemak bahagian bawah tubuh anda, bentuk pir
ini mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah (varicose vein)
dan lebihan air pada buku lali dan kaki. Mempunyai tahap estrogen yang
tinggi yang meningkatkan risiko serangan kanser payudara.
EPAL
Bentuk badan : Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Punggung anda kecil dan kaki langsing.
Risiko : Keseimbangan antara hormon seksual (testosteron dan estrogen)
dan hormon tekanan (serotonin dan 'dopamine') mungkin menjadi penyebab
terkumpulnya lemak di bahagian pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin
terjadi seperti ini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan
makanan yang salah, terlalu sedikt melakukan aktiviti dan juga mungkin
terlalu banyak mengambil alkohol.
Isu kesihatan : Apabila anda mengalami kenaikan berat badan tertumpu
kepada bahagian yang merbahaya. Lebihan lemak(visceral) ini terbina di
bawah kulit. Jika tidak terkawal mampu meningkatkan kolestrol dan
masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian terhadap kolestrol dalam
darah, gula darah dan tekanan darah. Tindakan ini mampu mengelakkan
risiko penyakit jantung, diabetes dan angin ahmar.
No comments:
Post a Comment