follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Sunday, February 24

SEBAB KITE SERINGKALI BERTEMU PASANGAN YANG SALAH..

Assalamualaikum w.b.t



pasti ramai yg tertanya2 kan..kite seringkali bertemu dengan pasangan yang salah..
aku pun da banyak kali kapell..yup..xbley nak tipu..huuu...tapi jangan salah sangka..aku bukan playgirl ye..
time aku kapel, aku nih setia pada yang sorang tu je..tapi sayangnya..aku kapel tak pernah kekal lama.
maybe aku dengan ex2 aku tak serasi kot..tapi..ada kitorang ptus secara baik gak..berdamai..
sampai skunk aku still ag ada berkawan dgn ex2 aku..lepas je putus..kami tetap jadi kawan..
pelikk kannn..huhu...hmmm.. 2lah..maybe kami lebih serasi bersama sebagai kawan je..
bukan sebagai pasangan...
 opsss..soriii..terlebiy cakap sal aku pulak..hehe..
hmmm..aku rasakan ramai yang dalam kalangan kite sume nih yang dah banyak kali kapel n putus cam aku kan..kannn...dan seringkali jugak kite bertemu dengan pasangan yang salah..
tak serasi.tak sefahaman.kadang2 kite tulus cintakan pasangan kite dan inginkan perhubungan kita dengan pasangan kite tu kekal selamanya dan nak ke tahap yang serius kalau ada jodoh nak kawin dengan dye je..
kite berikan cinta kite sepenuh jiwa kita untuk dye..
tapi sayangnya..pasangan kite pulak cam main2 kan kite je..tak nak serius..so terpaksa lah berlakunya..adegan putus cinta..huhuuu.. don be sad!!

hmmm pernah tak kite terpikir dan kaji kekurangan diri kita kenapa kita putus dan bertemu dengan orang yang salah??

mungkin bile kita dah kaji sume sal kekurangan diri kite nih..mungkin kite akan dapat ubah keadaan supaya takkan bertemu lagi dengan orang yang salah..

okeyy..jom kite tengok apa yang menyebabkan kite seringkali bertemu dengan pasangan yang salah!!
                                      

1.TERLALU TERDESAK.
 hidup kamu tidak pernah berhenti dari memikirkan soal cinta.
 tambahan lagi apabila kamu melihat teman-teman lain begitu
 bahagia bersama pasangan masing-masing.terdetiklah rasa
 cemburu akhirnya kamu dengan mudah membuka ruang dan
 peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir.tambahan lagi
 apabila ada yang panggil kamu dengan panggilan sayang.
 hati kamu mulalah berbunga-bunga.tanpa berfikir panjang
 kamu terus menerimanya sebagai kekasih.hati-hati ya!!!
 kata-kata memang mudah diucapkan tetapi bila terlalu mudah 

 berkata-kata ia boleh jadi tidak akan ternilai lagi.



2.TERLALU SUNYI.
 kamu terlalu sunyi hinggakan hampir seharian masa kamu dihabiskan
 seorang diri.bukan itu sahaja kamu juga kurang berkawan dengan orang
 dan habiskan masa bersama keluarga.situasi sebeginilah yang membuatkan'
 kamu mudah didekati oleh lelaki-lalaki yang tidak bertanggungjawab.lelaki
 yang sebeginilah memang gemar menghimpit gadis-gadis yang suka bersendiri 
 ini kerana lebih mudah untuk dirayu.tiada gunanya kamu terus menyendiri.
 hidup ini luas dan penuh dengan keseronokan maka kecapilah ianya dengan
sepenuhnya.


3.BUAT-BUAT JUAL MAHAL.
 kamu sering mengatakan yang kamu punya perinsip dan tidak akan
 sesekali membenarkan sesiapapun menyakiti hati kamu.namun itu
 hanya di mulut sahaja tapi hakikatnya tidak.kamu mengatakan 
 sedemikian kerana keegoanmu.kamu mahu orang lain melihat
 kamu bagus.oleh kerana itulah bila lelaki cuba menghampiri kamu,
 pada dasrnya kamu nampak jual mahal tetapi sebenarnya tidak.malah
 kamu buka seluas-luasnya peluang pada lelaki yang datang unutuk mendekati 
 kamu .jangan sangka lelaki tidak tahu kerana lelaki memang sudah arif 
 menilai mana perempuan yang benar-benar jual mahal atau yang buat-buat
 jual mahal.


4.GAYA SEPERTI MENGGODA.
 ada kalanya kamu tidak sedar gaya serta jelingan kamu yang membuatkan
 lelaki-lelaki buaya terpanggil untuk mendekati kamu.seperti yang kamu
 sedia maklum,lelaki-lelaki buaya memang tidak akan melepaskan peluang 
 apabila peluang ada di depan mata.nampak sahaja ada sedikit respons pasti
 digunakan sebaiknya.oleh itu,jagalah penampilan kamu serta mata apabila
 memandang seseorang.mungkin niat kamu bukan untuk mengoda tetapi
 niat itu tidak boleh dibaca oelh lelaki yang digelar buaya.bagi mereka

 peluang yang datang bergolek tidak akan sesekali disia-siakan.


5.TERLALU INGIN MENUNJUK.
 kamu terlalu bercita-cita tinggi dan mengimpikan kekasih yang hebat
 supaya orang lain memuji serta kagum dengan keupayaankamu memiliki
 kekasih yang sempurna.faktor inilah yang ada kalanya boleh merosakan
 masa depan kamu.asal datang sahaja lelaki kaya,kamu akan terus
 menerima tanpa menyiasat terlebih dahulu statusnya.tidak salah 
 mengimpikan kesenangan namun jangan terlalu mengharapkan
 kesenangan sendiri supaya ianya berkekalan dan orang akan terus kagum

 dengan kamu kerana usaha yang datang dari kamu sendiri.

3 comments:

  1. "Allah swt menemukan kita dengan orang yg salah pada awal nya & menemukan kita dengan orang yg benar pda akhir nya.."

    #Mgkin tu sebab nyer..:D Just skadar bagi my opinion yup.. HEHEE..

    ReplyDelete
  2. hehe..thanks..
    setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah dan Allah bagi org yg salah pada kite coz nak suh kite tau hargai kurniaanNya..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Absolutely.. :D U'r welcome.. Kalu sseorng tu jodoh saudari, msti dia akan jdi milik saudari pnya.. U just have to bnyakkn berdoa pd Allah jer spya SI DIA yg awk cintai tu become yours.. :) Allah st akan perkenankan doa hambanya yg sentiasa berdoa kpda nya secara berterusn.. :)

      #Bnyakkan buat solat istikharah, mintak petunjuk yup..?? :D Stay cool..!

      Delete