Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya di antara kebaikan Islam seseorang adalah dia meninggalkan
perkara yang tidak bermanfaat."
[HR. Tirmidzi, no. 2317; Ibnu Majah, no. 3976; Mâlik, 2/470; al-Baghawi,
no. 4132.]
Sesuatu yang tidak bermanfaat itu, boleh berupa perkataan atau
perbuatan, perkara yang haram, atau makruh, atau perkara mubah yang
tidak bermanfaat.
Oleh kerana itu, supaya terhindar dari bahaya lisan, hendaklah seseorang
selalu sesuatu yang mengandung kebaikan.
Jika tidak boleh, hendaklah
diam.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi
wa sallam bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia
mengucapkan sesuatu yang baik atau diam."
[HR. Bukhari, no. 6475; Muslim, no. 47]
Walaupun ini berat, namun perlulah seorang hamba yang ingin selamat di
akhirat agar sentiasa berusaha untuk melakukannya.
Diriwayatkan bahawa Muwarriq al-'Ijli rahimahullah berkata:
"Ada satu perkara yang aku sudah mencarinya semenjak dua puluh tahun
lalu. Aku belum berjaya meraihnya. Namun aku tidak akan berhenti
mencarinya ".
Orang-orang bertanya: "Apa itu wahai Abu Mu'tamir?"
Dia
menjawab: "Diam (tidak membicarakan) dari sesuatu yang tidak bermanfaat
bagiku"
Wallahu'alam
## COPY N PASTE..
No comments:
Post a Comment