follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Wednesday, September 26

Nasional Tuntut pelajar lebih matang






Putrajaya: Pindaan undang-undang yang membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebenarnya menuntut mahasiswa bersikap matang bagi membuktikan mereka bersedia menggunakan kebebasan itu tanpa menjejaskan pengajian. Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan mahasiswa supaya bijak berfikir dan bertindak secara rasional tanpa dipengaruhi emosi yang akhirnya merugikan diri sendiri. “Ia (terbabit dalam politik) bukan alasan untuk mengabaikan pengajian. Graduan perlu bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk serta berfikir dan bertindak secara rasional tanpa mengikut emosi ketika melakukan sesuatu perkara. Graduan perlu bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk serta berfikir dan bertindak secara rasional” - Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO Faktor keseimbangan “Generasi muda perlukan faktor keseimbangan bagi menentukan kestabilan dan keselamatan. Faktor politik, ekonomi, pendidikan dan keadilan sosial memainkan peranan penting dalam usaha ke arah itu,” katanya. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Timbalannya, Datuk Hasan Malek pada Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Ke-11, di sini semalam. Turut hadir Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
sumber :berita harianonline.



No comments:

Post a Comment