follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Thursday, September 13

Moral Eksiden 9 keta


    Assalamualaikum W.B.T

Detik 30 Ramadan Bersamaan 25 Aug 2012, 2.30 Pm

 Sehari sebelum raya malang tidak berbau telah menimpa aku dan adikku haniey..waktu itu kami dalam perjalanan dari umah Along, Manek Urai menuju ke Kuala Krai. aku memandu motosikal demax itamku manakala adikku haniey yang membonceng dari belakang. Jalan raya pada waktu itu memang agak sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. hal ini kerana masing-masing berebut-rebut hendak menuju pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.cuaca pada hari itu pula agak mendung seperti tidak mengizinkan aku pergi ke Bandar Kuala Krai. pada mulanya aku tidak ingin pergi tapi memikirkan kasut Along yang belum ditampal, jeans Abgcik belum ditukar saiz, barang2 ntok membuat biskut raya belum dibeli.. ku tekad lakukan juga. ku pergi juga ke bandar ntok family ku yang tercinta.semasa di umah ma, lata rek, ma dah melarang aku pergi ke bandar tapi ku nekad pergi juga. kerana bagi aku,aku bukan seorang yang mungkir janji,pabila ku berjanji harus bagi aku ntok tunaikan janji yang telah aku buat itu. 

berbalik kepada kemalangan aku tersebut.
pada waktu itu aku dan haniey menaiki motosikal demaxku dari manek urai menuju ke bandar kuala krai.
Cuaca pada hari itu agak mendung..angin agak kuat cuba memaksa aku ntok patah balik pulang ke umah semula.namun, ku tidak hiraukan. aku tidak mungkin berundur lagi pun jarak ntara umahku dengan bandar boleh dikatakan sudah d pertengahan. jarak ke bandar kuala krai dah makin menghampiri kerana waktu itu aku sudah pun berada di jalan kg pahi. jadi ku teruskan juga perjalanan ku. jalan pada waktu itu agak sesak dengan kenderaan orang ramai yang hendak pulang beraya ke destinasi masing2..jadi aku pandu motosikal pada waktu itu pada kelajuan normal sahaja.

sesampai sahaja di jalan kg Pahi berdekatan dengan pusat JPAM aku lihat ada kemalangan telah berlaku di situ.kaca cermin kereta bertaburan di atas jalan raya. di pinggir jalan sebelah kiri ku lihat sebuah kereta terdampar. mungkin kereta yang kemalangan itu agaknya.fikir aku..keadaan jalan raya yang kaca bertaburan itu menakutkan aku,.aku cuba memperlahankan motosikal ku.BANGGG... tetapi malangnya.. kereta dari arah belakangku melanggar motosikalku, pada waktu itu aku cuba mengelak supaya tidak terkena kereta depan..aku menekan brek motosikal ku depan dan belakang sekuat hati ku..BANGGGG....aku tidak dapat mengawal motosikal ku lagi..tiba2 aku terdengar bunyi pelanggaran kereta itu yang kuat...keadaan persekitaranku pula menjadi gelap..
sedar2 aku sudah terlibat dalam kemalangan itu.aku berada di bahu jalan di atas rumput aku terduduk kaku.terpana. aku terdengar bunyi bising suara ramai orang..aku segera tersedar bahawa aku bukan keseorangan.lalu aku cari adikku haniey yang menaiki motosikal yang aku pandu..Ya Allah.. haniey adikku berada di atas jalan raya. aku cuba kejutkan haniey..aku hampir menangis pada waktu itu. aku sayang adik aku. aku tidak mahu apa2 yang buruk berlaku pada dia. Ya Allah..di fikiran ku bermacam2 kemungkinan yang aku fikirkan..haniey tidak sedarkan diri. Aku cuba kejutkan dia. Alhamdulillah akhirnya  haniey sedarkan diri juga. Dia terkejut melihat keadaan sekeliling. Banyak kereta yang berhenti di bahu jalan..dia lihat mulut aku berdarah. Darah menitik tidak henti2 keluar dari mulut aku...dagu aku juga turut luka. Ku cuba raba poket jeans belah kiri ku.ku ambil tisu lalu lapkan darah yang keluar dari dagu aku. Aku lihat tudung aku berlumuran darah.. baju aku dan jeans aku..
aku cuba cari telefon aku tapi aku tidak jumpa. Lalu ku suruh adikku haniey menghubungi along di manek urai.beberapa minit kemudian ambulans jpam datang mengambil aku dan haniey lalu membawa kami ke hospital kuala krai..
Alhamdulillah aku bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana aku dan haniey selamat dari kemalangan tersebut..aku Cuma luka2 ringan dan bengkak2 badan manakala haniey bengkak2 badan.. pabila ku ingatkan kembali aku merasakan sungguh ngeri. Tak ku sangkakan aku terselamat. Bayangkan saja kami kemalangan dengan 9 buah kereta. Ini merupakan satu keajaiban ntok kami. Ramai saudara mara kami yang datang melawat kami mengatakan bahawa mereka sangat terkejut apabila mendegar bahawa kami terlibat dalam kemalangan 9 buah kereta. Mungkin mereka ingatkan bahawa penunggang motosikal tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.

No comments:

Post a Comment