follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Thursday, March 8

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Yuka ucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA TAON 2012.
Asenya masih ramai ag yang lum tau pasal sambutan hari Wanita Sedunia nih..k so Yuka nak citekan korang sume sal sambutan nih..ntok pengetahuan sume Sambutan Hari Wanita Sedunia nih disambut pada setiap tahun pada tarikh 8 mac.
first of all Yuka nak ucapka Selamat Hari Wanita Sedunia kepada sume kaum wanita di dunia.especially 2 my beloved mum Rokiah Che Mahmood, my dear sis along nora,angah, adik2 yuka kat kg n tak lupa gak kwan2 serta guru2 wanita yuka masa kt skolah dulu2.^__^

nih yuka sertakan srba sedikit ttg Sambutan Hari Wanita Sedunia nih kat sume ntok tatapan korang baca lerr..so baca jgn xbaca lak..(>.^)
<-------------------zesssss---------------->

Matlamat
Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

Tuntutan Wanita
  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa. Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita’ dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut. Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .
Nabi Muhammad S.A.W dan Wanita
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. “Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri”.

Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.
 SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA TAON 2012





No comments:

Post a Comment