follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Wednesday, September 28

Sekeping Skarf Hitam Putih..

Skarf hitam putih yang ku simpan sentiasa..seringku pakaikan dikepalaku untuk mengelakkan rambutku terurai di pipi..Skarf hitam putih yang kuanggap terlalau istimewa..kerana ianya merupakan pemberian dari  seorang sahabat yang amat aku sayangi suatu ketika dahulu..Dia memberinya skarf hitam putih tersebut kerana dia ingin aku memiliki benda yang sama dengan dia..SKARF HITAM PUTIH..
Kini,
 Skarf hitam putih tersebut tanpa ku sangka telah rosak kerana abangku terpijaknya sewaktu abangku masuk ke bilikku untuk membaiki laptopku..Pada waktu itu aku merasakan teramat sedih kerana aku bimbang kalau sahabat aku itu mengetahui yang skarf pemberiannya itu telah rosak..namun, rupa-rupanya di sebalik peristiwa itu berlaku satu peristiwa yang tak ku duga akan berlaku dalam hidupku..
Hubungan sahabat antara kami akhirnya terputus begitu sahaja..begitu cepat dia melupakan aku sahabatnya di waktu susah dan senang..mungkin skarf hitam putih itu patah kerana ianya membawa petanda yang hubungan akrab antara kami bakal berakhir..
Semuanya berubah setelah semester baru bermula..dan dia memulakan semester baru dengan kekasih yang baru..mungkin kerana itulah dia mahu melupakan semua yang lama...termasuk ex-bf dia merangkap kawan aku dan termasuk aku sendiri..mungkin..hanya Allah saja yang tahu..namun, aku reda mungkin ini ujian yang harus aku lalui..semoga Allah membukaka pintu hati untuknya dan menyedari kesilapannya..

No comments:

Post a Comment