follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Sunday, November 24

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Wahai anakku,
Seorang ibu adalah segalanya bagi anak. Ia mengatasi kasih sayangmu kepada ayahmu. Ia berada hanya dua langkah di belakang Allah dan Rasul. Ketahuilah bahawa Allah meredhaimu bilamana ibubapamu meredhaimu, dan Ia akan murka bilamana ibubapamu murka kepada-mu. Kerana itu, janganlah engkau memandang remeh terhadap kemarahan ibubapamu. Ketahuilah wahai anakku, cukuplah bagi seorang anak tidak dapat mengucap kalimah syahadah di saat nazaknya, hanya kerana ibunya berkecil hati dengannya.

Wahai anakku,
Aku sangat mengharap agar ibubapa sentiasa memaafkan kesalahan anak-anaknya, dan membuang jauh perasaan kecil hati terhadap kecuaian anak-anaknya. Untuk itu, sentiasalah engkau memohon kemaafan kepada keduanya, samada engkau bersalah atau tidak. Kemaafan terhadap ibubapa bukanlah kerana kesalahan dan dosamu kepada mereka, tetapi kerana kamu adalah anak dan mereka ibubapamu.

Wahai anakku,
Di saat kamu membesar dengan kenakalanmu, ibubapamu sentiasa mendoakan kejayaaanmu, sehingga ia sanggup berlapar demi kekenyangan-mu. Mereka sanggup berjaga malam dengan kesakitanmu dan mereka akan berusaha memenuhi kehendakmu. Alangkah besarnya pengorbanan mereka kepadamu. Mereka berkorban bukan mengharapkan balasan pemberianmu, atau menuntut sebarang balasan di waktu tua mereka. Kerana kamu akan memahami tanggungjawabmu terhadap mereka di saat itu.

Wahai anakku,
Masa terus berlalu dan kamu dibesar dengan penuh kasih sayang, didikan dan harapan. Kenakalanmu sewaktu kecil mengundang rasa gembira mereka melihatmu, berjalan jatuh, berlatih, berlari-lari dan gelak ketawa. Alangkah indahnya di saat itu. Suasana itu akan hanya dirasai oleh kamu bilamana kamu mempunyai anak nanti.

Wahai anakku,
Di saat kamu mulai mengenal dunia dan kawan-kawan, kamu bermain dan bergurau kamu dimarahi dan ditegur bahkan terkadang kamu dipukul. Sedarlah bahawa semua itu dibuat kerana sayangnya kedua ibubapamu kepadamu. Dia ingin kamu menjadi insan bertaqwa, beriman, berjaya dalam kehidupan sebagai hamba Allah. Engkau perlu belajar dan memahami bahawa betapa kemarahan dan teguran kedua ibubapamu kerana sayang mereka kepadamu. Jangan sesekali kamu memahami ia membencimu dengan kemarahan dan tegurannya.

Wahai anakku.
Kamu semakin dewasa menempuh alam yang penuh mencabar. Kamu membesar sebagai remaja yang mulai punya kenalan yang ramai, kawan pelbagai. Jenis dan perangai, bacaan yang pelbagai, dunia tanpa sempadan. Cabaranmu sangat menakutkan ibubapamu. Mereka bimbang engkau tersalah jalan hidup yang terus terjerumus ke lembah kerosakan, yang membawa engkau durhaka terhadap Allah. Mereka bimbang engkau mengabaikan sembahyang, mereka bimbang engkau terlibat dengan pergaulan bebas, mereka bimbang engkau terjerumus dengan dadah, dan seribu satu kebimbangan lagi.

Lantaran itu, wahai anakku, ketiadaan kamu merungsingkan filiran mereka. Adanya kamu di hadapan mata mereka sangat menyenangkan mereka. Maaflah mereka seandainya kebimbang-an itu menyebabkan kamu tidak bebas, kamu rasa terkongkong, dan kamu rasa rimas. Nanti bilamana kamu ada anak, kamu akan merasainya.

Wahai anakku,
Hidup ini sangat singkat untuk kamu durhaka kepada Allah. Maka sentiasalah engkau memohon kekuatan dari Tuhanmu dalam menempuh hidup yang penuh mencabar ini.

Salam sayang. Senyum.
-Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Sunday, November 17

THANKS DEAR...

ASSALAMUALAIKUM..
Kelmarin ialah hari sabtu bersamaan dengan 16.11.2013. aku keluar date dengan En.F. happy sangat dapat keluar dengan dia. walaupun sebentar je.takpe janji dapat jumpa & dapat lepaskan rasa rindu kat dye.
pejumpaan ni tak dijangka sebenarnya. hari jumaat dye pergi ke jb atas urusan kerja. terpaksa bermalam sehari kat sana.so alang2 dah datang jb & nak balik ke KL kena lalu jalan Melaka jugak.so dye decide nak datang jumpa jugak. 


aku berterima kasih sangat En.F nak datang jugak jumpa aku kat Melaka nih.. hehe...
"thank you so muchh dear..walaupun sekejap jumpa tapi syg appreciate it..thanks belanja Coconut Shake Special & belanja syg tonton wayang THOR THE DARK WORLD. hihi..walauapun b dah tengok movie tu dengan kawan tapi sebab syg b terpaksa tengok lagi sekali hehe...syg tau b sibuk dgn kwn2 b yg dtg melaka untuk masuk pertandingan lumba kereta dekat litar MITC  di melaka nih..tapi b still cuba jugak luangkan masa dengan syg..thanks dear.."


"hahh..1 kita lupa nak buat..tiap kali kita jumpa mesti kita cepat2 cari penimbang berat..hehe..selalu je nak tau berat masing-masing kan..berat naik ke turun..hehe..hmmm..tapi takpe..lain kali kita buat jangan miss okey..hehe.. "

THANK YOU SO MUUCCHHH...
DEARRR FOR THE SWEET MOMENT WITH YOU..
I LOVE YOU...
EN.F.


Thursday, November 14

BANGSAKU MALAS.


Bangsaku amat MALAS. Membuat lebih dari satu kerja dianggap beban. Dikata "buat apa kerja macam nak mati", sedangkan angan-angan besar, nak kereta besar, rumah besar, duit berjuta, gajet high tech beribu, kahwin ala wedding of the year, melancong ke luar negara, makan di hotel setiap hari, dan macam-macam lagi angan-angan yang dicitakan. Soalnya adakah orang lain seperti kita? Lihatlah bangsaku, berapa ramai yang menyokong bangsa sendiri? Kenapa ada perasaan dengki hati? Kenapa kita tak boleh berbaik dan bersaing secara sihat dengan pesaing perniagaan dan pekerjaan kita? Kenapa mahu menindas dan mahu memburukkan sesama kita?

Lihat "mereka", saudaraku. Mereka kuat dengan persatuan mereka, mereka senada dalam kepelbagaian parti politik mereka, mereka membantu dalam corak perniagaan mereka. Tetapi kita? Lihat cara mereka memboikot produk kita, lihat cara mereka mensabotaj penjualan produk kita, lihat bagaimana mereka mengasingkan produk kita, lihatlah saudara dengan hati nurani seorang yang berjiwa besar. Bagaimana boleh mereka kekal kuat? Kerana mereka BERSATU, mereka MENDERMA, mereka MELABUR, mereka MEMBELI, hampir semuanya demi kepentingan mereka. Bagaimana kita? Berharapkan subsidi? Dimana pelaburan kita? Dimana kekuatan persatuan perniagaan kita? Dimana suara padu agenda bangsa dan agama kita melalui saluran politik bangsa kita?

Adakah kita mahu menyalahkan orang lain jika kita tertipu memboikot, menjatuhkan, dan memalukan bangsa kita sendiri? Orang kita masih buta, masih berkokok bagai anjing menyalak bukit, masih tak sedar kemampuan bangsa sendiri. Sedarlah, mereka pernah mahu menjajah kita. Ingatlah, golongan Nasrani, Yahudi, dan Majusi ( Kafir Harbi ) tidak akan senang dengan nikmat yang kamu perolehi selama ini. Fahamilah agenda bangsa dan negara. Cakap itu mudah, tetapi melaksana itu banyak ranjau cabarannya. Bersatulah saudaraku..

copy & paste from--> FB SAUDARA MUHAMMAD KHALID


RUMUSANNYA..
bagi aku apa yang dikatakan saudara ini memang ada betulnya. kalau kita lihat bangsa kita sendiri melayu memang malas. aku sendiri pun tak dinafikan ada sifat malas jugak dalam diri. itu satu kelemahan dalam diri kita menyebabkan kita tak mampu nak bergerak maju seiring bangsa lain.  kelemahan MALAS itu perlu kita ubah ke RAJIN. kat bawah ni ada 1 doa aku bagi untuk korang semua doa untuk menghindari rasa malas ni. cuba amati dan amalkan. mudah-mudahan dengan baca doa ini kita mampu kurangkan rasa malas kita tu. InsyaAllah dengan izin Allah.



PANJANG KE PENDEK???


Assalamualaikum..selamat pagi..
eh eh..belum tengahari lagi kan..hehe.sudah lama aku tidak bermimpi.semalam entah tetiba aku bermimpi pasal rambut. dalam mimipi tu aku berangan nak potong rambut aku yang panjang bagi pendek sikit. biar nampak kemas dan mungkin kepala aku akan merasa ringan sikit.dulu aku suka simpan rambut panjang sampai paras pinggang. sebab nampak cantik & ayu je kononnya haha.. mak aku pun tak bagi potong rambut aku yang panjang itu. lagi pun kalau nak potong rambut aku bagi pendek sikit tak boleh jugak .sebab aku tak pernah pergi potong rambut aku ke kedai salon atau mana-mana. kebiasaannya aku selalu suruh mak aku sendiri yang tolong potongkan rambut aku. rambut itu kan aurat bagi seorang perempuan. sebab itu aku tak nak potong rambut di kedai2..dan..mak aku tau stail rambut yang macam mana yang aku nak..hehe..boleh dikatakan mak aku lah tukang gunting rambut aku..
tahun 2013 ini tak tau kenapa aku teringin sangat nak potong rambut aku bagi pendek sikit. rambut aku nih jenis yang panjang ,tebal. susah nak jaga, dan kekadang perlukan masa yang lama untuk bagi kering.. mungkin sesetengah orang yang berambut panjang jarang sangat basahkan rambut dorang..tapi aku lain..setiap kali aku akan basahkan rambut aku jugak.kalau tak, kepala aku akan sakit dan berdenyut.maybe sebab dah terbiasa basahkan rambut tiap kali mandi kan.
tahun ni aku last sem dah kat UNIRAZAK ni so balik cuti abis sem nanti,, tak kira mak aku nak ke tak nak ke aku tetap nak suruh dia potong rambut aku nih.. aku nak cuba gaya rambut  pendek pulak... mungkin ada maksud disebalik mimpi aku tu.. dapat mimpi camtu sebab aku teringin sangat naakkkk rambut pendek kan..sampai termimpi-mimpi..hehe...
hmmm...cu tengok cam kat bawah nih... yang mana 1 agaknya sesuai...ermm asenya untuk aku dah pilih gaya rambut yang aku berkenan..kalau korang pulak yang mana... try tengok gambar2 gaya rambut kat bawah nih;;



trend gaya rambut model bob Model Rambut Wanita Terbaru 2013


Model+Rambut+Wanita+2013 Model Rambut Wanita Terbaru 2013



model rambut pendek terbaru 013 Model Rambut Wanita Terbaru 2013

rambut pendek 2013+%281%29 Model Rambut Wanita Terbaru 2013


trend+gaya+rambut+2013 Model Rambut Wanita Terbaru 2013




model+rambut+pendek+wanita+3 Model Rambut Wanita Terbaru 2013

model+rambut+panjang+untuk+wajah+bulat+%281%29 Model Rambut Wanita Terbaru 2013

Tuesday, November 12

BOSAN DI MLM SELASA

Assalamualaikum..

ari ni 12.11.2013..
sehari suntuk saya aku tak mau keluar dari rumah..hari ni kerja aku  just :
1.mengadap internet, facebooking, blogging, search lowongan kerja kosong kt mudah.my
2.menonton televisyen
3.membuat kerongsang kain felt
4. sambung buat thesis

bosan tu bosan jugak tapi nak buat camana.. dah tu je kerja yang aku mampu isikan waktu lapang aku..malas nak keluar rumah mengadap jalan raya yang penuh dengan kebisingan. kebetulan minggu nih akak ipar aku balik ke kampung Pasir mas kelate. jadi, aku tak de teman untuk berborak.kawan-kawan aku pulak ade kat rumah sewa dorang masing-masing. ada yang ambil part time job. ada yang balik ke kg masing.. so tak de masa untuk aku luangkan masa berjumpa dorang..aku kg aku jauh di kelantan nun sana.so nak balik kg pun tak boleh.terperuk jugak aku dekat bumi melaka nih..

Ya Allah berikanlah ketenangan kepada diri ku dan ketabahan kepadaku agar aku mampu bersabar dengan kehidupan aku sekarang ni. aku tau setiap jalan hidupku adalah ketentuanMu Ya Allah..aku reda. Amin..

Monday, November 11

GAMBOR MASO RAYO HAJI 2013

Assalamualaikum..
 sudah lama rasanya sy tidak update status dkt blog saya sebelum nih...terlalu sibuk sgt ari tu dgn praktikal dkt sekolah & prepare report praktikal lagi..skrang ni lah baru takde bz sangat..apa2 hal bia gamba2 dulu yg bercerita.. 
Dgn boboy

mak dik hani & angah