follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Thursday, March 21

SEJARAH ASAL USUL MEE SEGERA

comfrim ramai yang suke makan mee segera kannn..especially sape yang bergelar student la..
aku pun student ugak..so kat umah aku ada berlambak stok mee segera nih..time memalam lau dah malas sgt nak masak n perut ase lapar sgt..aku akn masak mee segera nih jer..juz rendam mee segera nih dlm air panas dan siap ntok dihidang..masa ntok masak mee segera nih pun tak la lama sgt..kejap jer..dlm 2 minit jer kot...

mee

selama nih kite juz tau makan jer mee segera nih kan..tap xtau pun asal usul mee segera nih..kan..kannnn...!! >.<okey...
skunk meh aku citekn sal mee segera nih..Mi segera nih mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera.
Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.
Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.
Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.
Serupa juga, “mi benang ayam” (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.
Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku And?, pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.
Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.
Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi And? membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.
Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.
Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.
Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.
Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).
Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.
Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.
Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.
Rakyat China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Rakyat Indonesia memakan 12 bilion, Jepun pula 5.4 bilion.
Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.
Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.
Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.
Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi.
Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.

ANTARA KAWAN DAN DYE

 sejak akhir2 ini kite sering gaduh..kadang2 juz kerana mende kecik diperbesarkan..menyebabkan kite gaduh..aku dah cuba untuk kawal keadaan kite supaya takkan gaduh ag tapi..bile aku da baik, da ok..dye plak yang start marah2 aku, ungkit kisah lampau aku.try cari kesalahan aku..yaa..setiap orang memang takkan lari dari wat silap..aku dan dye pun sama ugak..
aku boley terima salah dye pada aku pada masa lalu..tapi kenapa dye tak boley nak terima n maafkan salah aku.jahat sangat ke aku nih..aku rasa kesalahan aku tak lah teruk sgt.. aku juz kua lepak2 n makan dgn kawan lelaki jer..kami juz sekadar kawan..kua borak kosong..hilangkan boring..gpun aku ada lebiy ramai kawan lelaki than kawan girl..coz kawan girl nih bagi aku, diorang juz akan cari aku time mereka perlukan aku.. bile mereka perlukn kawan..tak macam kawan boy dorng akn selalu ada support aku setiap masa..
mungkin tu la kelebihan brkawan dgn kwn lelaki..
walaupun aku brkawn dgn kwn lelaki tpi kami jaga batas pergaulan..aku memang suke lepak n borak2 dgn dorng.tapi sepanjang kami brkwn aku tak pernah sengaja brtempuk tampar sana sini dgn dorng..
coz tiap kali..dorng try nk brgurau atau bertepuk tampar dgn aku..aku akn kata" don touch me" or jgn sentuh aku lahhhh..
kawan2 ugak mesra tapi jgn pernah mlampaui batas,..^,^



skunk hubungan aku dgn kwn lelaki aku pun da renggang skit..aku try jauhkan diri aku drpd dorng..juz coz dye..dye jeles sgt..n xsuke aku kwn dgn kwn boy aku.. stiap kali kwn boy aku msj or kol aku aku jarang sgt angkt or reply msj dorng..sume nih aku buat sbb aku try nak jadi orng baru.brubah ntok dye...
aku try elak pe yg dye xsuke.. aku tak buat mende yg dye benci n ley wat dye marah..wlaupun aku rindu sgt k kwn2 boy aku tu..
aku rindu sgt kt dorng..dorng salu hiburkn at aku di kala duka.di kala aku sediy perlukn kwn..mmg aku xde cite kisah aku kat dorng tapi..melalui reaksi muka aku dorng akn tau yg time bile aku epy n time bile aku bad mood or sediy..so...
tiap kali aku sediy mereka akn try ntok hiburkn aku dgn lawak2 dorng..wlaupun tak brapa lawak sgt..tapi boley la ugak wat aku gelak n snyum balik..

skunk nih..aku dah buntu dah tak tau camne ag nak wat dgn hubungan aku dgn dye..aku da cuba stkt aku mampu ntok perbaiki ag perhubungan kami..aku mmg syg sgtt2 kt dye tapi dye ntah la...aku tak pasti..samada dye still syg kt aku atau sebaliknya..
kalau boleh dizinkan Allah aku mmg nak kekal selamanya dgn dye..tak nak berpisah ag..aku nak bahagia dgn dye..nak hidup semati dgn dye jer..xmau orng len.. tapi..kite yang rancang Allah yang tentukan segalanya..aku juz mampu mengangkat tangan berdoa supaya hubungan kami kekal...





Monday, March 18

MANUSIA PALING GENIUS DI DUNIA


Manusia Paling Genius Di Dunia - Berikut merupakan 5 manusia paling genius di dunia pada masa sekarang..
5. Marco Calasa
Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.
4. Terence Tao
Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.
3. Alia Sabur
Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.
2. March Boedihardjo
Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun ,sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.
1. Ainan Cawley
Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.

Thursday, March 14

FOR THE REST OF MY LIFE..WITH U B





I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For opening my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I asked Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes every thing was changed when you came along
And there’s a couple of words I want to say
For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For open my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart
Now that you’re here
In front of me
I strongly feel love
And I have no doubt
I’m singing it loud
That I will love you eternally
For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For open my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart


**YA ALLAH SEANDAINYA DIA JODOH KU...ENGKAU TAUTKAN LAH HATI KAMU MENJADI SATU..SATUKANLAH KAMI.
TAPI SEKIRANYA BUKAN DIA JODOH KU ENGKAU BAWALAH DIA PERGI JAUH DARI HATIKU..AMIN YA ROBBALALAMIN..

Tuesday, March 12

I LUV MY PARENT & FAMILY


Aku bersyukur sangat2 coz dikurniakan dua parent yg sgt sygkan aku dan adik beradik yg laen..parent yg sgt penyayang..gigih membesarkan kami 10 orang adik beradik..yang ada bermacam2 karenah..yg sumenya bbeza.watak dan perangai...

bukan senang tau nak didik sepuluh orang anak ni sampai berjaya bina kerjaya masing2..opss..ada yang still blajar ag.start dr aku smpai la adik ina aku yang bongsu..
1.kaklong aku kerja nurse.
2.abglong kerja tukang paip.
3.abgwan kerja medical assistant(M.A)
4.abgchik kerja pensyarah.
5.kakngah suri rumahtangga sepenuh masa
6.abgawie kerja bisnes.
7.aku still belajar ag kt UNIRAZAK.
8.adik Haniey tengah tunggu result STPM.
 9.Adik Hafiza tengah tunggu result SPM
10.adik rina aku yg bongsu skunk blajar ag dlm tingkatan 3.

so, aku boleh dikatakan lahir dalam kuarga yang agak besar ugak lah..dgn bilangan adik bradik aku yang agak ramai yang aku paling suka tiap kali beraya atau buat suatu majlis..rumah ma memang penuh dgn kite..bkn keta orng len tapi keta kami adik2 bradik..hehe..aku dgn adik2 aku lum ada keta ag..keta abg2 n kakak aku adalah..yg dorang pnyer..aku punyer insyaallah nanti taon 2015 aku akan beli sbijik keta...InsyaAllah Amin...
berangan jerrr lebiy.blaja xabis ag..keje pun blum dpt ag....tapi..tak salahkan kalau kite pasang angan2..mana tau kot2 boley jadi nyata ke nanti..hope2..akan jadi kenyataan nanti.. InsyaAllah..
hmmm..berbalik kpd family aku nih..
bagi aku..family aku dah cukup success dah skunk..dgn career masing2..n dgn kehidupan masing2..hahh..lupa nak cite..yg dalam family aku nih..sekarang dah ada 5 orang yang dah kawen..dannnn..5 orang ugak yang belum kawen..1 anak teruna+4 anak dara ag..
abgawie yg bukk bisnes tu dan aku, n aku adik2 aku yang masih blajar ag..
Ya Allah harap2 lah yang adik2 aku nih pun akan berjaya cam abg2 n akak2 ugak..success dlm career dan kehidupan masing2..
supaya..bile mreka dah kerja nanti...mereka boleh balas balik jasa ma dan abah kami yang dah didik kami sehingga kami berjaya..    

FAMiLy CyCLe LiFe


Assalamualaikum..

"SEORANG MAK TAHAN RASA MALU DEPAN DOKTOR,
NURSE SEMATA2 INGIN MELAHIRKAN KITA...
TAPI...
KENAPA SEORANG ANAK NAK RASA MALU 
DEPAN ORANG HANYA KERANA
PEGANG CIUM TANGAN MAK DIA?..." 


hmmm..ma dan abah boleh besarkan kami adik bradik yg ramai seramai 10 orang nih..tapi...boleh ke kami adik beradik yang 10 orang nih menjaga ma dan abah seperti ma dan abah jaga kami dari kecil sampailah besar panjang cam nih..aku takut bile fikir aku dah start kerja dan kahwin..
sebagai seorang anak perempuan, apabla dah kawen seorang perempuan harus ikut suami dan telah menjadi hak keluarga mentua sepenuhnya..aku takut bile fikirkan semua nih..aku takut apabila aku kawen hubungan aku dengan family kandung aku akan berubah..aku kalau boleh tak nak tinggalkan ma dan abah aku..sepenuh masa aku, aku nak bersama diorang.nak jaga diorang bile hari tua mereka tiba..
aku sayang sgt2 kat ma dan abah aku..mereka ma dan ayah aku dunia akhirat..
 
 
"KENAPA SEORANG ANAK NAK RASA MALU 
DEPAN ORANG HANYA KERANA
PEGANG CIUM TANGAN MAK DIA?..." 

korang faham tak statement nih..??
korang sayang tak pada parent korang sebetulnya??
pernah tak korang fikir..korang nih anak yang camana..
baik kerrr...
jahat kerr...
cara layanan korang pada parent korang camana..??
pernah tak korang fikir..

kenapa seorang anak nak rasa malu depan orang hanya kerana pegang,cium tangan mak dia??
kenapa seorang anak nak rasa malu depan orang hanya kerana pegang.cium tangan ayah dia?
kenapa??
ramai masyarakat zaman sekarang yang alami situasi yang camni..mereka segan dan malu sgt nak pegang n cium tangan parent mereka..
sedangkan itu juz perkara biasa je..adatlah...
sebagai anak kite kena lah cium tangan diorang...
pegang,cium tangan parent tanda kite sayang diorang.
kite hormat diorang..
parent kite orang yang kite sanjung.junjung jasa dorang..
tanpa mereka kita takkan lahir kat dunia nih tau..
 
INGAT!!!
jangan pernah lupa jasa diorang..berbaktilah kepada mereka selagi korang masih ada parent..
jangan sampai bile Allah tarik nyawa diorang,diorang da xde disisi kamu, kamu akan menyesal seumur hidup..

 



Friday, March 8

CERPEN KALAU TAK SUKA PULANGKAN


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

Wednesday, March 6

WEEK ORINTASI~>AMIK PENGAJARAN!!

Assalamualaikum..
~MINGGU ORINTASI-->AMIK PENGAJARAN!!! 
JGN SAMPAI JADI CAM VIDEO YG AKU SELITKANKT ENTRY NIH.
~SENIOR UITM BULI PELAJAR INTAKE BARU~

kat bawah ni aku adalah gamba2 aq smasa aku orintasi kt kolej aq masa aq mula2 masuk dlu2..
taon bape aq lupa la plak..
mlalui semyuman kitorang..aku rasa korang dpt wat satu gambaran jelas bhawa kitorang epy dgn minggu orintasi nih..kerna minggu orintasi nh xde la teruk sgt cam dlu video budak uitm yg aku ada selitkn link kt bwh skali nun..
tgok...!! abg fesi kami yg pakai baju warna merah kt blakang kami 2 pun epy je melayan kami.. n spanjang minggu orintasi nih kami juz hav fun..aktiviti yg diadakan pun mmg ada yg lasak ugak..mnguji fizikal dan mental kami..tapi......
xdelah sampaikan abg fesi kami pukul kami sume mcm yg kt video SINI
Abg2 fesi n akak2 fesi kami sume baik2.. 


 


minggu orintasi mrupakan minggu suai kenal antara pelajar junior dan pelajar senior di sebuah institusi tak kiralah kolej ataupun universiti, IPTA atau pun IPTS ntok stiap intake student baru.
dan aku rasa kbykakan antara kite mmg ada join minggu orintasi ni..coz minggu orintasi ni wajib ntok kite join.semasa minggu orintasi ni pelbagai aktiviti akan dijalankn ntok plajar intake baru ni..
mlalui minggu orintasi nih macam2 benefit yg trbek kite akn dpt..
bgi aku minggu orintasi ni ugak dtp mengeratkan lagi hbungan antara senior selaku fasilitator yg diberi tugas ntok mngurus plajar intake baru nih..
smasa minggu orintasi ini ugak plajar akan dilatih n diuji dgn pelbagai cabaran oleh fasilitator bgi menguji semangat dan tahap kesabaran dorang..tapi..
stiap aktiviti yang dijalankn oleh senior selaku fasilitator ni tidaklah melampau batas..
n tidaklah smpai mencederakan mana2 pihak seperti yang brlaku kat video ni  SINI.


** sebagai seorang senior yg diberi tugas mnguruskn intake baru haruslah menjalankan tugas masing2 dgn amanah, menunjukkan contoh dan tauladan yg baik ,memastikan keselamatan pelajar intake baru yg mreka orintasi.


Tuesday, March 5

DEEP INSIDE MY HEART

 HACKS---->
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG...
Truly from my heart
.sy syg awk ag..sbb 2..walaupun kite da byk kali ptus..gara2 sy..tapi kite tetap baik balik kn.. awk pujuk sy balik..sy mmg jahat pun..salu je yg minx ptus..ye sy mmg xmatang coz brprangai cam budak2 xskul..gaduh skit minx ptus..huhu..sy ngaku salah sy la awakk..... awak mmg baik..sbb sanggup brsabar dgn sikap sy yg trlalu kbudakan nih..sy minx maaf sgt2 yer..sy syg awk..
sy cintakn awk sgt2...
sy nk idop dgn awk jer..
Insyaallah kite ada jodoh..
samalah kite bykkn brdoa kpd Allah smoga hbungan kite kekal bahagia slamanya sehingga maut memisahkan.. Aminn..
I Luv u So Much inche fizi..
<3<3<3

BUNTAL FACE BOTH OF US



ASSALAMUALAIKUM..
time aq bosan nilah koje aq..
xtau nak wat mende apa..
homework sume da settle so..
start la  aku dgn adik aku nih naek meroyan...
laptop aq juz ada satu jer..
yg pakainyer 2 org..aku n adik aku..
so slps je dye abis keje..dye lik umah..dye pun akn minx nk pakai laptop aq nih..
dye nk bkk blog dye ugak..
aq pun kompromi la dgn dye..dye kn adik aku..bkn orng len ugak..
so kami gilir2 la pakai laptop nih..
opppsss..trlebiy cite sal laptop plak..hehe...
kami tgh bosan time nih..
so aku suh la adik wat buntal face..
nk create something new la kononnya..
haha..
buntal face xde sape prnah dgr ag kn..hihihi..
yg salu kite dgr..duck face jer kn..
so ni lah buntal face ciptaan aku dgn adik aku..









ni link blog buntal face by fiza.---->. http://sehalussulamancintaku.blogspot.com/
jgn lupa tau singggah n follow dye skali.. :0

ermmm..mesti akn ada yg kami nih gedik kn..huhuu..
yelah slps tgok gamba buntal face kitorang nih..
huuu..xpe..aku xkisah la sume 2..
kami juz nk enjoy je..
~~bye2~~

Sunday, March 3

JANGAN BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA..





1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


AKU, KAU DAN DIA



Assalamualaikum w.b.t


aku tengah buntu giler nih..saat kau pergi jauhi aku dia datang cuba mengetuk pintu hatiku yang hanya terkunci untukmu.pada mulanya aku tak nak terima persahabatan aku antara dia tapi..adik aku Hani cuba memujuk aku untuk menerima dia N sebab adik aku tengok aku selalu murung sediy kerna putus dengan kau.
mungkin adik aku mahukan yang terbaik untuk aku.
adik aku hani nak aku hepi.xmo sediy2 ag juz kerna kau. lagipun kebetulan N tengah cari Gf.
pada mulanya aku tak nak terima N walaupun sebagai kawan.sebab selepas je kite break hati aku da beku macam ais ntok terima seseorang lelaki kembali dalam idop aku.tapi..adik aku Hani pujuk2 aku n dye suh gak aku terima N sebagai kawan pun xpe kata adik aku.
nak tak nak aku pun terima lah N seorang lelaki ke dlm idop aku..tapi juz sebagai kawan je lah kot..gpun aku belum sedia ag nak terima lebiy drpd kawan..sepanjang aku berkawan dengan N, aku dapati N lain dari yang lain. dye pandai pujuk at aku yang beku nih..dye salu kol n mesej aku setiap hari..makin lama kami makin rapat.makin mesra..N ada cite kat aku yang dye kata kalau boley dye nak hubungan kami nih lebiy drpd seorang kawan. kalau ada jodoh N nak aku jadi isteri dye yang sah. dye nak kami sies..
tapi aku still lum dapat trima dye ag spenuhnya lebiy drpd kawan. aku jadi takut nak trima lelaki dlm idop aku lebiy sbgai kawan. aku takut N gak tinggalkan aku cam kau pergi dari aku.
          tapi...skrang aku dgn N makin mesra.aku rasa, aku da mulai suka kat dye..tapi aku tak tau aku suke dye sbgai kawan atau lebiy drpd 2..aku confuse.



skrang..bile aku dan dia da makin mesra kau datang kembali dalam idopku..kau rayu,pujuk aku ntok trima kau kembali. aku benar2 confuse..tak tau nak pilih samada kau atau pun dye..sebetulnya aku masih blum dapat lupakan kau.kerana cinta kita..waktu kite kapel yang agak lama..masa kite break ari 2 aku rasa kecewa sangat2..at aku terluka.time 2 lah N datang ubati at aku yang luka. dye pujuk aku ntok trima dye lebiy dari seorang kawan..walaupun pada saat dye minx cam 2 aku cakap aku tak dapat trima dye lagi leiby drpd kwn..tapi dye tetap n sanggup tunggu aku hingga aku trima dye..walaupun lama mana pun..dye sanggup tunggu aku.
aku cinta dan sayangkan kau lagi.kenapa saat aku mintak putus kau merelakan saja aku..
walau aku kata macam2 pun kau tetap trima keputusan aku. waktu 2 aku rasa sangat tercabar.dan aku fikir aku akan dapat idop tanpa kau.tapi rupanya aku salah.aku selalu ingatkan kau setiap saat. aku da cuba bzkan diri aku dgn wat keje2 aku.dan sebab tulah gak aku trima N. aku nak cuba lupakan aku.
dulu pun kau pernah cabar aku ntok cari orng len.so skrang aku dah berjaya. ada N yg sanggup tunggu aku.
skrang kau dapat tau sume nih..kau plak yang nak aku kembali kpd kau.sdangkan aku da bersama N.

Ya Allah aku sayang kau dgn dye. kedua2nya aku sayang sgt2 n aku xtau nk pilih sape..
tapi..aku perlu wat pilihan gak..samada aku pilih salah sorang antara kau dan dye ataupun senang cite elok aku lepaskan korang brdua..tiga2 yang sakit hati..tiga2 yang terluka.:'(
** kwn2 tolonk aku bantu aku wat kputusan :'(


 


AKU, KAU DAN DIA