follower

ASSALAMUALAIKUM.JEMPUTLA JENGUK BLOG NI.TERIMA KASIH SUDI JENGUK.TINGGALKAN LINK ANDA NTOK AQ FOLLOW YE =)

Tuesday, January 24




Assalamualaikum kwn2..
da lama asenya x berblog..balik je kampung coz cuti sem terus yuka tak berblog lagi..
ni baru start nak berblog balik:) k..skunk musim cuti sekolah sempena tahun baru cina..
ramai yang dapat cuti nih amik peluang untuk balik kampung bercuti sakan..

yang jauh pun sanggup pulang ke kampung untuk bercuti sakan..yelah..walaupun sekejap je cuti tu tapi mereka tetap amik peluang cuti nih untuk luangkan masa bersama keluarga..selain daripada itu ada gak yang amik peluang cuti nih pergi berkelah bersama keluarga masing..
yuka pun sempena cuti semester n cuti raya cina nih gak yuka amik peluang untuk balik kampung dan pergi melawat negeri orang..heheehe..masa awal cuti ari 2 yuka pegi ke rumah angah..(akak yuka yg ke dua)
yuka pegi sana  coz nak jumpa angah n anak sedara yuka yg tercinta..iaitu aen dan qalesya..
masa angah berpantang kt kampung ari 2 yuka cuti kejap je..n time 2 qalesya baby ag..
so untuk lepaskan rindu pada qalesya yuka pergi ke ghumah angah na main dengan qalesya..

Monday, January 9

RENUNG-RENUNG KAN LAH..DAN SELAMAT MEMBACA..

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .
KISAH 1

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
 
KISAH 2
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .

"MORALNYA..PENGORBANAN IBU TIADA BANDINGAN..TAK TERNILAI HARGANYA..
SO HARGAILAH IBU ANDA SELAGA DIA MASIH ADA..."
MA ACIK SAYANGKAN MA SANGAT2..SAYANG KETAT2..MMUAAHHH..
TQ COZ ALWAYZ BE THERE EVERY TIME I NEED U MUM..

Wednesday, January 4

RiNdu sEtENgAh MaTi kt kORaNg..

        ANAK!!
Anak merupakan anugerah Allah yang tak ternilai  harganya kepada pasangan yang berkahwin..
yang sah nikah la
..:) anak juga merupakan penyeri kepada rumah tangga yang dibina samada atas dasar cinta ataupun pilihan keluarga..tak kisahla dasar apa sekalipun..coz setiap pasangan yang berkahwin mesti nak ada anak kan..tapi sayangnya dunia sekarang banyak kes buang bayi..bodohkan sape yang buang bayi tu..lagikan binatang pun sayangkan anak..so orang yang buang bayi 2 memang bodoh sial r.

 Alamak!!!
saye dah tersasar jauh nih..hehe..biasa r excited sangat citer sal anak nih becoz  saye paling suka budak-budak..<3 diorang sume comel2..hhmmm...nak tunggu anak sendiri pun lambat lagi..calon pun lum ada..:(
k nih..sbenarnya saye nak citerkan sal anak sedara saye..n nak kenalkan kat sume sape anak buah saye yang saye sayang teramat sangat....
k korang tengoklah gambar2 kat bawah nih..ni lah antaranya anak sedara saye yang cute mute..
1.arumi nijaya hazim
2.anwari ahmas ramadhani
3.azfa athari anharnis
4.tyra iskina najihah
5.mohd adam idham
6.mohd amar zamani
7.nurul syasya elisya
8.nurul syasya qalesya
9.adam arrayyan hud
10.zarina
  MOHD ADAM IDHAM(Adeyl)

 TYRA ISKINA NAJIHAH
 NURUL SHASHA ELISYA(Aen)

MOHD AMAR ZAMANI

 wah2..ramai jugak anak sedara saye nih..hehe..baru pasan coz baru je kira tadi..hahahaha..xsangka kan..
jap3..senarai nama anak sedara saye 2 sbenarnya bukan drpd 1 kuarga je tapi 4 tau...:P
ada lagi senarai nama anak sedara saye 2 yang saye lum apload coz xjumpa cari gambar diorang kt lappy nih..
t ada masa saye akan upload ag k..

ok2...babye..:D

Sunday, January 1

GAMBAR WANG RINGGIT MALAYSIA TAHUN 2012


Tau tak???
Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 tapi telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun ini.(2012).


Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.
Ciri-ciri Am
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.


DenominasiIkon
RM100Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10Rafflesia
RM5Burung Enggang Badak
RM1Wau Bulan

DenominasiBahan AsasDimensiWarna
RM100Kertas150mm X 69mmUngu
RM50Kertas145mm X 69mmHijau-biru
RM20Kertas145mm X 65mmJingga
RM10Kertas140mm X 65mmMerah
RM5Polimer135mm X 65mmHijau
RM1Polimer120mm X 65mmBiru

1) WANG KERTAS RM100

Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

2)WANG KERTAS RM50

Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
 
 
 3)WANG KERTAS RM20


Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

4)WANG KERTAS RM10

Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

5)WANG KERTAS RM5


Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.
 
6)WANG KERTAS RM1
 
Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.